Memang tak asing lagi kita dengan pelakon lelaki kacak ini. Pelakon, Aiman Hakim Ridza mededahkan dia seakan tidak percaya sewaktu pertama kali ditawarkan untuk melakonkan filem aksi ketenteraan, Airforce The Movie: Selagi Masih Bernyawa. Menurut Aiman, pada awalnya, dia tidak mahu terlalu gembira kerana bimbang akan kecewa sekiranya perancangan untuk menjayakan filem tersebut tidak menjadi. “First time waktu dapat offer untuk buat this movie aku agak skeptikal. Dalam kepala macam biar betul? Aku tak pernah terfikir akan dapat atau bawak watak air force pilot dalam sepanjang karier. “Waktu meeting tu aku jumpa dengan director and produser dekat starbucks damansara. Aku play cool as if ‘il think about it’. Aku bagitau manager tengok la macam mana.
Kata Aiman lagi “Don’t want to be so excited about it. Orang tua tua cakap jangan seronok sangat nanti tak jadi. But as soon as aku masuk kereta nak balik, aku ambik nafas gembira yang dalam gila. “But also in my mind aku mcm terfikir betul ke diorg nak shoot movie ni. Bukan senang nak shoot kapal terbang apatah lagi jet fighter,” tulisnya. Kisah tersebut dikongsikan sediri oleh suami kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga berasa amat bertuah kerana diberi berpeluang untuk belajar dan mengendalikan sendiri pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi dengan lebih dekat. “As time pass by dari script reading, cast meeting, briefing and training. Sampailah hari yang ditunggu oleh aku. First day of meeting with the jet itself. Damn! SUKHOI 30MKM FLANKER! IS DAMN BLOODY HUGE AND NAMPAK GANAS GILER! “Aku terdiam kejap macam orang jatuh cinta. Dalam kepala otak mcm tv habis siaran. Then diorg suruh aku masuk duduk dalam. Aku kena panjat naik tangga wei. Ada la dalam 15-20 feet. That is just how tall this monster is. “But as soon as aku masuk dalam. Its a totally diffrent feelings.
Nervous and at the same time naik syeikh! Hahaha. The best part is diorang bagi aku bawak dekat taxi airways. Takdelah terbang tapi dapat rasa tu pun aku dah macam damn im so lucky,” kongsinya lagi. Dalam pada itu, Aiman turut menyifatkan filem ini sememangnya dibikin khas untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan buat para tentera yang telah berkorban bagi mempertahankan negara Malaysia yang tercinta. “Fikir balik aku tak layak pun kalau nak bandingkan dengan pilot tentera udara kita yang train bertahun untuk bawak kapal terbang ni. Bukan tu je diorang sacrifice their life untuk jaga keamanan negara kita. “Sounds simple but no its not. Its much more complicated than what it is. As I play this role aku sedar yang ‘its not what you can get, its about what you can give’.
Selanjutnya “Semua orang ada perjuangan masing masing. #airforcethemovieselagibernyawa ini adalah perjuangan kitaorg untuk menghargai perjuangan mereka,” akhirinya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem ini. Airforce The Movie: Selagi Masih Bernyawa yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 Ogos ini. Selain Aiman, filem ini turut membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Scha Al-Yahya, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul dan Johan As’ari. Sumber, media hiburan