Neelofa tersilap anggap jantina anak Elisya Sandha, Sekali ini komen padu dari warganet

Memang tak asing lagi kita dengan Usahawan popular ini. Selebriti terkenal Neelofa mengundang salah faham dalam kalangan peminat dan pengikut pelakon Elisya Sandha apabila tersalah jantina ketika memuji bayi perempuannya, Bunga Elhaq dalam media sosial. Menerusi hantaran terbaharu Elisya bersama puteri sulungnya itu, Neelofa dilihat memberikan komen berbunyi: “Cheeky Boy Masya-Allah”, sekali gus membuatkan ramai pengikut menegur selebriti itu. Rata-rata wargamaya memaklumkan bahawa Bunga sebenarnya berjantina perempuan dan bukannya lelaki seperti yang ditulisnya itu.

Kata warganet “Kau dah kenapa Neelofa? Anak orang itu (Elisya) perempuan. Bila masa dia lahirkan bayi lelaki? “Aduhai ini bayi perempuan bukan lelaki wahai Puan Neelofa,” tulis pengikut adik kepada Fasha Sanda itu. Pun begitu, ada juga segelintir wargamaya yang berpendapat Neelofa mungkin tersasul dan tersalah taip dalam komen yang ditinggalkannya itu. Tidak setakat itu, wargamaya turut mengusik isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dengan bertanyakan soalan cepumas bila wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal akan didedahkan kepada umum.

Sekadar info, Elisya dan anak sulung kepada penerbit dan pelakon popular Sheila Rusyly iaitu Uzair Haqimy bernikah pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. Sumber, KOSMO! ONLINE

Elisya Sandha Akui Suami Banyak Berkorban Demi Anak, Elisya Tak Perlukan Kata Kata Negatif Dari Warganet. Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meraikan majlis aqiqah anak perempuanya, Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha. Bagi berkongsi dengan peminat dan pengikut, gambar-gambar sekitar majlis sambutan serba polos itu dimuat naik Elisya menerusi Instagramnya. Selain gambar, Elisya turut menukilkan pesanan istimewa buat suaminya, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pasangan penerbit Sheila Rusly dan pengarah Jinggo. Menerusi nukilan berkenaan, Elisya bercerita tentang pengorbanan suaminya yang bangun setiap malam bagi menukar lampin pakai buang anaknya selain memberikan susu.

Begitupun, perkongsian Elisya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Menurut pengguna media sosial, sudah memang menjadi tanggungjawab buat ibu dan bapa untuk menjaga anak dan hal tersebut bukanlah satu hal luar biasa yang harus dibincang. Enggan melayan karenah warganet, adik kepada Fasha Sandha itu berkata, apa yang diluahkan di Instagram adalah ditujukan untuk suami dia ia adalah bersifat peribadi. “Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis warganet atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka (warganet) dalam hal ini.

Katanya lagi “Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka (warganet),” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Elisya berkata, selagi apa yang dikongsikan itu tidak bersifat buruk, ia bukanlah menjadi satu hal yang besar dalam kehidupan hariannya. “Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi kudis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana-mana.

Katanya lagi “Saya anggap luahan itu (kepada suami) adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya lagi. Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu. Bunga pula dilahirkan secara pembedahan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang. Sumber, gempak