Akim Ahmad kongsi berita gembira pada peminat, Rupanya Stacy Anam selamat melahirkan anak lelaki

Memang tak asing lagi kita dengan pasangan penyanyi ini. Akim kongsi berita gembira mengenai kelahiran anak lelakinya pada Sabtu. Penyanyi, Akim Ahmad berkongsikan berita gembira apabila dia dikurniakan cahaya mata lelaki pada Sabtu. Kata Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 31, anak lelakinya itu selemat dilahirkan pada pukul 10.19 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Penyanyi itu turut berkongsi gambar anaknya yang memaparkan sebahagian daripada wajahnya. “Segala puji selayaknya untuk-Mu Ya Allah. Isteriku tercinta Stacy telah selemat melahirkan anak lelaki kami. “Alhamdulillah, terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulisnya di Instagram.

Akim dan Stacy kini sudah memiliki tiga orang cahaya mata

Perkhabaran itu turut mendapat ucapan tahniah daripada pengikut laman sosialnya. Tidak kurang juga beberapa selebriti seperti Suki Low, Sharul Kamal, Indah Ruhaila, Hafiz Suip Ronnie Hussein dan Ikhwan Fatanna turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Akim dan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan turut memiliki dua orang anak iaitu Eshaal, 5, dan anak angkat Bella De Luna Valentina, 10. Sumber, mstar

Stacy hamil

Kuala Lumpur: “Mengandung ka Kak Stacy?. Demikian antara pertanyaan peminat di ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Stacy menerusi video memasak yang dimuat. Soalan sama juga turut ditanya beberapa lagi pengguna laman sosial itu selain ada yang mendoakan semoga dipermudahkan urusan. Persoalannya, adakah penyanyi lagu Duit itu benar benar hamil? Stacy, 32, atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia juga mendapat banyak pertanyaan sama dalam kalangan keluarga. Itu lah keluarga saya pun semua bertanya. Saya tidak sempat lagi nak balas mesej sebab semalam seharian saya kena migrain teruk sampai muntah muntah. Ini pun belum pergi klinik lagi.

Katanya “Saya nak buat pemeriksaan juga ni sebab makin gemuk kan?” seloroh Stacy. Terdahulu Stacy dan pasangannya juga penyanyi Akim Ahmad baharu saja meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka, semalam. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun. Sumber, harian metro