Aliff Syukri tekad jual akaun istagram dengan harga RM500k, Rupanya ini yang berlaku

Umum memang kita kenali dengan usahawan yang penuh dengan kontroversi ini. Selepas dihambat dengan pelbagai kontroversi yang membuatkan banya pihak marah, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengambil keputusan berhenti dari bermain media sosial. Dalam laman Instagramnya, dia telah memadam semua gambar serta berhenti mengikuti mana-mana akaun sejak beberapa hari yang lalu. Walau bagaimanapun, beberapa Insta Story perkongsian semula perniagaannya masih ada namun hilang setelah 24 jam. Katanya nekad nak jual Instagram. Terbaru, Aliff Syukri telah memaklumkan mahu menjual akaun Instagramnya yang mempunyai 4.3 juta pengikut dengan harga RM500,000.

Tawarkan harga RM500,000

Dalam perkongsian yang disertakan dengan emoji sedih itu, pihak Aliff Syukri menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk membeli akaun Instagramnya dengan harga setengah juta. Melihat dari usaha yang dilakukan oleh usahawan tersebut, dia seolah-olah sudah nekad untuk tidak menggunakan media sosial selepas teruk dikritik berhubung muzik video lagu terbarunya bersama Baby Shima apabila menampilkan beberapa ‘orang viral’ dengan tarian yang menjelekkan. Sebelum memadam segala gambar yang pernah dikongsikan, Aliff Syukri telah memuat naik video menangis meminta maaf diatas apa yang terjadi dan melakukan ini semua kerana menyayangi ahli keluarganya. Sumber, Rose Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri