Anak kongsi luahan ayahnya Najib Razak buat ramai sebak, Rupanya ini yang ditulis dari Najib

Baru baru ini negara digemparkan dengan berita ini buat semua terkejut. Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penj4ra serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyel3weng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Terbaru, keluarga Datuk Seri Najib ada berkongsi satu hantaran di Instagram berkaitan mesej dan pesanan yang ditinggalkan beliau di atas meja buat keluarganya.

Mesej Datuk Seri Najib buat keluarga

Menerusi kandungan mesej tersebut, Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa beliau mula aktif dalam bidang politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa sejak tahun 1976 lagi dan pada tahun ini iaitu 2022, sudah hampir 46 tahun. Tulis Datuk Seri Najib, beliau telah memilih untuk mewarisi legasi dan meneruskan usaha Allahyarham bapanya.

Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya. Merancang pembangunan. Menggubal dasar kebajikan. Mengurus ekonomi. Mengukuhkan hubungan antarabangsa. Menyelesaikan krisis. Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.

Menurut beliau lagi, kadangkala hasil yang diharapakan tidak sebaik yang diinginkan tetapi beliau tidak putus asa sehingga mencapai sesuatu yang lebih baik. Beliau akui, itu merupakan pengorbanan yang besar. Bukan itu sahaja, masa juga berjalan dengan sangat pantas sehingga kadangkala dirinya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dari subuh ke malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all. Tahun-tahun saya berlalu untuk rakyat, perkhidmatan awam dan politik. Pengorbanan yang Daddy pilih dan buat. Satu perjalanan yang meriah dengan kehadiran kamu semua (keluarga) tetapi malangnya saya (Daddy) terlepas pandang dan tidak dapat sentiasa ada untuk kamu. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.

Setakat ini sahaja yang Daddy bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT, apalah daya Daddy manusia dan hambaNya. Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkit di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana. Datuk Seri Najib mendoakan agar keluarganya sentiasa dilindungai dan dirahmati Allah SWT selain dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan buat mereka. Sumber, oh bulan