Sedar diri dah berumur, Che Ta dedah amalkan surah Yassin untuk elakkan perkara ni

PELAKON Rozita Che Wan berlapang daada menerima kenyataan bahawa usianya kini sudah menghampiri separuh abad apabila ada netizen mengatakan wajahnya berkedut dan kelihatan tua. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, apa dikatakan oleh warganet itu adalah realiti dan dia sendiri mengakuinya. “Orang kata saya tua… Ya saya memang sudah tua! Tiada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara. “Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” katanya. Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia tidak kisah dengan penuaan kerana itu adalah perkara biasa dan lumrah sebagai manusia tetapi apa lebih penting kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun aktres itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh. “Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya. Che Ta menaruh harapan untuk mengenakan stoking tangan dan kaki bagi menyempurkan menutup aurat. “Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai usia, Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana ketika ini ia masih belum sempurna. Che Ta menjelaskan ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik. “Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap. “Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.