Tak sangka filem Mat Kilau bakal ke Indonesia, Rupanya hasil kutipan hampir RM100 juta

Memang tak asing lagi kita dengan karya filem ini. Filem Melayu yang mencetus fenomena di dalam negara baru-baru ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini. Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, dia dan syarikat penerbitan filem berkenaan telah menerima pelawaan daripada pawagam di negara jiran itu untuk menayangkan Mat Kilau. “Saya pun ada pengikut dari filem-filem saya sebelum ini di Indonesia. Munafik 2 terutamanya kerana filem Munafik 2 adalah filem Melayu yang paling tinggi kutipannya di Indonesia. “Syukur, saya ada sokongan yang kuat dengan pawagam dan penonton di sana,” katanya memetik laporan portal Malaysia Now.

Tambah Syamsul, dengan adanya pelakon aksi dari Indonesia, Yayan Ruhian dalam filem tersebut secara langsung menyumbang kepada permintaan tayangan di negara jiran itu. Sebelum ditayangkan kepada umum bermula 30 Ogose, filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ juga akan ditayangkan secara perdana empat hari sebelum tarikh berkenaan. Bagaimanapun ujar Syamsul, ketika ini pihaknya masih menjalankan perbincangan bersama industri pawagan di negara terbabit.

Mat Kilau mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila merekodkan kutipan tiket berjumlah RM96 juta dalam tempoh 40 hari tayangan bermula 23 Jun lalu. Ketika ini filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Jalaluddin Hassan itu masih ditayangkan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura. Sumber, gempak