Iman Troye akui pernah pasang niat masuk Universiti cari kekasih, Kini Iman mahu lupakan hasrat itu dan fokus pada pelajaran

Siapa tak kenal dengan penyanyi ini. Mengakui pernah bercinta semasa tahun pertama pengajian di universiti, penyanyi Iman Troye akur hubungan tersebut tidak bertahan lama kerana kedua-dua mahu memberi fokus kepada pelajaran. Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 22, dia tidak pernah mendedahkan mengenai perkara itu kerana menganggap ia hanyalah fasa ‘cinta monyet’ seorang remaja. “Jujur saya katakan ketika awal melanjutkan pelajaran masuk ke universiti sudah ada niat untuk mencari pasangan. Bagaimana hubungan saya dengan bekas kekasih hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Iman kini lebih fokus pada pelajaran

Selanjutnya kata iman “Rasanya di hujung sesi pembelajaran ini masing-masing lebih fokus kepada diri sendiri sehingga tiada masa untuk beri tumpuan kepada orang lain. “Saya anggap ia hanya sekadar cinta monyet. Saya pun tidak pernah berkongsi siapakan lelaki itu kerana kita tidak tahu jodoh sebenar di masa akan datang,” katanya kepada mStar. Sebagai seorang pelajar diploma dalam bidang muzik, Iman berkata dia mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi contoh baik kepada pelajar sekolah, lebih-lebih lagi selepas dilantik sebagai ikon pusat pembelajaran PTTI. Tidak menganggap ia sebagai satu tekanan, Iman berkata gelaran ikon itu juga memberi semangat buat dirinya supaya sentiasa berfikiran positif dan berusaha melakukan yang terbaik dalam pelajaran.

Saya pun tidak pernah berkongsi siapakan lelaki itu kerana kita tidak tahu jodoh sebenar di masa akan datang

Katanya “Memang sukar apabila dilantik sebagai ikon kerana ramai yang ingin tahu keputusan dalam peperiksaan. Saya juga sentiasa menjaga peribadi supaya menjadi contoh kepada pelajar sekolah. “Dari sudut yang berbeza, saya melihat ia sebagai pembakar semangat. Jika saya katakan susah melalui zaman belajar, ada yang lebih teruk lagi… jadi setiap pagi saya sentiasa mengingatkan diri untuk terus berusaha,” jelasnya.

Dalam pada itu, Iman berkata status sebagai seorang pelajar sama sekali tidak menghalang dirinya untuk terus aktif dalam bidang muzik. Memandangkan dia sedang mengikuti pengajian diminati, Iman mengakui pembelajaran kursus berkenaan menyeronokkan.

Iman merupakan ikon PTTI bersama MK K-Clique

Malah, penyanyi lagu Teman ini merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda jika diberikan peluang. “Saya minat muzik dan saya juga belajar dalam bidang yang sama. Jadi tidak ada masalah dan saya seronok melalui semua perjalanan sebagai pelajar dan anak seni. “Saya juga masih menikmati usia muda seperti biasa kerana rakan-rakan juga belajar dalam bidang sama. Kami boleh keluar bersama selepas waktu kelas atau selesai melakukan tugasan. “Memang ada perancangan untuk terus sambung belajar, cuma ia bergantung kepada masa. Jika semua berjalan lancar saya akan teruskan,” ujarnya. Sumber, mstar