Kazar didapati tidak hadir pada Majlis Filem Abang Long Fadil 3, Ini respon Kazar buat ramai sedih

Memang tak asing lagi kita dengan kontroversi yang berlaku ini, Ketiadaan pelakon, Kazar Saisi pada malam g.ala filem Abang Long Fadil3 terbitan Skop Productions Sdn Bhd di sini, malam tadi, menimbulkan persoalan.mApatah lagi ketika ini, i.su anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang did.akwa meng.ganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof, masih h.angat diperkatakan. Penerbit filem Abang Long Fadil3, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon terbabit.

Saya cakap terus terang, saya p.rofesional, kita jemput. Saya cakap saya pr.ofesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga Skop Productions. “Kita tidak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu,” katanya. Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan halperibadi. “Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya, itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenar, Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya. “Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya. Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata, dia dijemput Astro Shaw. Sumber, online malaya