Sejak dah pakai kereta mahal ramai yang tawar diri nak kahwin, rupanya koleksi kereta dan motor Afieq Shazwan bukan biasa biasa

PENYANYI Afieq Shazwan mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada peminat selepas membeli kereta baharu jenama Honda Civic FE. Bukan itu sahaja, Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, turut memberitahu ada peminat memaki semata-mata mahu ajak berkahwin. “Ada, DM maki, DM maki yang macam… eh kau tak nak aku jadi isteri kau ke? “Ada juga yang macam aku nak masuk minang kau ni simple je aku nak bagitahu kau aku suka kau. “Saya hanya baca saja tapi ada beberapa DM tu saya like ada juga yang DM untuk berkenalan ada DM yang kata ambil sayalah jadi isteri awak,” katanya kepada mStar. Selain kereta Honda Civic FE, Afieq juga memiliki kereta Proton Saga dan dua buah motosikal berkuasa tinggi.

Afieq Shazwan naik seram sejak jadi ‘Abang Honda’… tak fasal-fasal kena mki. Pemilik nama sebenar Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ini lahir pada 5 September 1997. Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV9 pada 2008. Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017). Terbaru beliau membintangi drama Diari Seorang Suami yang sedang bersiaran di TV3. Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 5, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.

Afieq menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pada Disember 2019, Afieq melancarkan single terbaharu, “Lelaki Di Telefon”.