Lepas kecoh pasal Laudya kahwin lagi, kali ni satu lagi berita yang buat ramai yang terkedu dari Laudya Cynthia

Ini sedikit lagi info tentang pelakon dan penyanyi dari negara seberang iaitu Laudya Cynthia Bella. Selebriti berumur 34 tahun dari Bandung ini sedang hangat diperkatakan kerana dikaitkan dengan kisah pernikahan dengan seorang pangeran, orang berada dari Dubai. Laudya Cynthia Bella menerusi pihak pengurusannya telah pun membuat pengumuman bahawa hal berkenaan adalah tak benar sama sekali. Masih lagi mengambil pendekatan berdiam diri dan mengunci mulut tentang kisah pernikahan, Laudya Cynthia Bella menjadi sebutan sekali lagi. Ini gara-gara Laudya Cynthia Bella membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa dia mengundurkan diri dan bersara dari dunia seni. Pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba ini dilakukan menerusi satu kenyataan, yang Laudya Cynthia Bella memberitahu dia memang dah lama memikirkan nak berhenti dari terlibat dalam dunia seni.

Laudya Cynthia Bella hanya meminta para peminatnya untuk mendoakannya.“Sememangnya dah lama saya sudah memang niat mahu berhenti, tetapi manusia itu kan memang lemah. Semoga saya akan dibantu oleh Illahi.” “Harapnya dapatlah mendoakan saya. Dengan izin Illahi, tiada filem lagi. Semoga istiqomah. Kali terakhir saya berlakon pun menerusi filem Buya Hamka.” Filem Buya Hamka dah tamat penggambaran dan bakal ditayankan pada tahun 2023. Kata Laudya Cynthia Bella, dia mahu berjaya di dunia dan tak lupa juga pada akhirat. “Saya memang inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Masih banyak yang perlu saya belajar dan akan lalui selepas ini.” Untuk info, Laudya Cynthia Bella antara selebriti yang mempunyai peminat paling ramai dengan jumlah sebanyak 36juta orang. Laudya Cynthia Bella pernah berkahwin dengan jejaka dari Malaysia iaitu Engku Emran pada tahun 2017 dan mengumumkan perpisahan pada tahun 2020. Sumber, NT

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kecoh Bila Video Majlis Kahwin Laudya Cynthia Bella Dengan Kerabat Raja Dubai, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Pengakuan Dari Pembantunya. Sejak semalam, nama pelakon dan pengacara terkenal Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella sekali lagi menjadi bualan hangat warganet apabila dia didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama kerabat raja di Dubai. Kontroversi itu dipercayai bermula daripada satu video viral di TikTok memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini. Menerusi video dikongsikan di TlkTok, memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung dalam suasana yang mewah dan turut dihadiri oleh ramai tetamu malah rata-rata tetamu lelaki dilihat memakai serban.

Dalam keterangan video viral itu, majlis tersebut dipercayai merupakan majlis perkahwinan Laudya Cynthia Bella bersama seorang kerabat raja dari Dubai. Bukan itu sahaja, mereka didakwa bernikah selepas menjalani sesi taaruf. Meskipun wajah pengantin perempuan tidak dapat dilihat dengan jelas, namun rata-rata warganet mendakwa itu adalah Laudya Cynthia Bella. Susulan daripada itu, Rita iaitu pembantu peribadi Laudya Cynthia Bella tampil membuka mulut dan membantah perkhabaran itu. Menurut Rita, berita dan video yang viral itu sama sekali tidak benar. Mohon maaf itu berita yang sangat tidak benar, semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik. Terdahulu, Laudya Cynthia Bella didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat raja Dubai. Malah, khabar angin tersebut semakin menjadi-jadi selepas pelakon berusia 32 tahun ini dikatakan kerap berkunjung ke Dubai dan warganet beranggapan pelakon cantik itu ke negara tersebut kerana ‘teman lelakinya’ berada di sana. Namun dakwaan itu ditepis oleh rakan baik Laudya iaitu Zaskia Sungkar.

Sebelum ini Rakan karib pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, yang dikenali sebagai Zaskia, memaklumkan tujuan pelakon tersebut di Dubai hanya untuk membeli abaya, selepas timbul khabar angin yang mendakwa Laudya bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana. Menerusi portal KapanLagi, Zaskia juga memberitahu Laudya belum mempunyai perancangan untuk kembali mendirikan rumah tanga walaupun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki. Sebelum ini, gara-gara sebuah perkongsian video yang tular di platform di TikTok, telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Sehingga timbul khabar angin yang mendakwa pelakon filem popular Surga Yang Tak Dirindukan itu bakal berkahwin bersama seorang kerabat raja negara tersebut.

Sekadar informasi, Laudya sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan berpisah pada Julai 2020. Sumber, utusan.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.