Nora Ariffin akui rasa kagum dengan dua rakan penyanyinya, Nora mahu ikut jejak Aishah dan Ziana Zain

Umum memang kita kenali dengan penyanyi ini. Penyanyi, Nora Ariffin kagum dengan persembahan bertenaga yang ditunjukkan oleh dua rakan selebriti, Datuk Aishah dan Ziana Zain yang masing-masing baru sahaja mengadakan konsert istimewa pada Sabtu lalu. Menurut Nora, kualiti nyanyian yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyanyi hebat tanah air ini langsung tidak menampakkan sebarang tanda penurunan meskipun usia mereka kini sudah menjangkau lebih 50 tahun. “Luar biasa hebat. Salute dengan kehebatan luar biasa dua lagenda tanah air yang sememangnya tiada tandingan.

Datuk Aishah dan Ziana Zain. “Walaupun saya tidak dapat hadir tapi melihat dan mendengar dari jauh sudah memadai. “Usia mereka yang sudah mencecah 50-an, ibu yang sudah beranak pinak, despite of whatever they went through tapi masih mampu memberikan persembahan yang memukau,” tulisnya. Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi entri terkini di laman Instagram. Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh kedua-dua penyanyi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Lantaran itu, Nora mendedahkan dia mahu mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi tersebut untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang. “Bukan mudah untuk mengekalkan vocal, key, note lagu yang susah-susah especially nak sustain HIGH NOTES dengan powerful, maintain energy level selama dua jam, full of feel, power, aura dan expression. Fuhhhhh. “Tu semua bukan perkara mudah. Superb! Sebagai sesama artis, saya tumpang bangga. Berbaloi ada konsert macm ni. “Harap-harap bila saya umur 50an, masih mampu dapat nyanyi macam diorang.

Tahniah dear Datuk Aishah dan Ziana Zain,” kongsinya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan Nora juga mempunyai kualiti nyayian yang tidak kurang hebatnya juga. “Yes betul. Datuk Nora juga apa kurangnya. Bila nak buat konsert pula Datuk? “Hebat. Tak kurang juga DNA Nora Ariffin vokal tetap maintain. Alhamdulillah. “Pada saya Datuk Aishah dan Kak Ziana masih sama. Dari zaman 80-an, 90-an, 2000 sampailah sekarang. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua dan juga Datuk Nora. “Kak Nora juga masih memukau,” antara komen-komen warganet di Instagram.

Terdahulu, Datuk Aishah baru sahaja selesai mengadakan konsert yang diiringi orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Manakala, kehebatakan vokal Ziana pula nyata telah memukau para penonton yang hadir bagi menonton konser gabungan bersama adiknya, Anuar Zain. Sumber, media hiburan