Mizz Nina kongsi petikan ayat mengenai selingkuh, Ini yang buat ramai terkejut

Siapa tak kenal dengan nama terkenal ini. Mizz Nina bersama anaknya, Musa. Pasangan selebriti yang baharu sahaja berpisah iaitu Mizz Nina dan Noh Salleh masih mencuri perhatian peminat apabila setiap gerak geri mereka diperhatikan termasuk perkongsian dibuat di media sosial. Terbaharu, Mizz Nina memuat naik sebuah petikan berbahasa Inggeris yang mengulas tentang kecvrangan dalam sebuah perhubungan.

Menerusi petikan tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship tersebut menceritakan tentang godaan adalah bentuk kecurangan kerana ia melanggar sempadan dalam sesebuah hubungan. Jelas petikan itu lagi, dalam sebuah hubungan yang komited, seseorang bersetuju untuk memberikan sepenuhnya kepada pasangan namun apabila cvrang ia memberikan tarikan s3ksual yang sepatutnya diberikan kepada pasangan namun kepada orang lain.

Petikan yang dikongsi Nina

Bukan hanya petikan itu menjadi perhatian kerana sebelum itu, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 42, memuat naik foto bekas suami bersama anak angkat mereka iaitu Musa di Instagram Story. Tinjauan di Instagram Noh juga mendapati penyanyi kumpulan Hujan itu memuat naik foto sama namun tidak meletakkan sebarang kapsyen selain ruangan komen turut ditutup. Foto dua beranak yang dimuat naik sejak semalam itu menerima lebih 30,000 tanda suka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada 4 Ogos lalu. Sumber, mstar