Ramai peminat puji penampilan Aprena Manrose yang kini berniqab, Aprena mohon peminat doakan yang baik baik buat dirinya

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Aprena Manrose berjubah dan berniqab ketika hadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini. Penampilan pelakon Aprena Manrose mengenakan jubah serta niqab ketika menghadiri sebuah majlis ilmu menjadi perhatian warganet yang menyukai dengan imej terbaharunya itu. Tidak menidak atau mengiyakan berhubung penampilan terbaharunya itu, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bagaimanapun berterima kasih atas komen positif ditinggalkan peminat di Instagram dan meminta doa agar dirinya terus istiqomah. “Terima kasih atas komen yang baik. Allah maha baik dalam kita mencari-Nya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya. Allahuakhbar.

Penampilan ayu Aprena Manrose jadi perhatian warganet

Luahnya lagi “Mohon doa kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian, Insya Allah,” katanya. Aprena, 29, berkata demikian sebagai membalas komen pengikutnya di Instagram yang rata-rata memuji kejelitaannya menutup aurat dengan lebih sempurna. Rata-rata berharap pelakon drama Mem & Bibik Bibik ini terus istiqomah dalam menjadi seorang wanita lebih sempurna di sisi Allah.

Kata salah seorang warganet lagi “Suka tengok, cantik sangat Aprena pakai macam ini. Semoga istiqomah. “Subhanallah, hanya yang terpilih sahaja melalui jalan ini. “MasyaAllah, Aprena makin cantik bila tutup aurat. Semoga berterusan,” kata warganet.

Aprena meminta doa peminat agar dia kekal istiqomah

Dalam pada itu, Aprena turut melahirkan rasa syukur dapat menghadiri majlis ilmu agama selain berharap diberi lebih banyak peluang menyertai acara seumpama itu. “Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah. “Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. Insya Allah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya. Sumber, mstar