Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri simpati dengan keadaan isterinya Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil anak keenam dan dalam masa yang sama mengalami masalah uri bawah. Aliff Syukri sedih apabila doktor menasihati Shahida perlu berehat selama tiga hingga lima bulan untuk mengelak pndrhn serta demi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. “Awak saya sedih.. doakan semuanya selamat..masa ni semua jadi kelam kabut..sepanjang perjalnan wife saya mengalami pendrhn teruk….
“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok,denyutan jantung pun ok…Isteri saya kena baring je dan rest untuk 3 hingga 5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby…sampai lah uri naik semula… “Doakan semuanya dipermudahkan…,”kongsinya dalam satu kemas kini terdahulu di Instagram. Terbaharu, Aliff memuat naik keadaan isterinya yang terpaksa berkerusi roda. Kata Aliff apa yang berlaku membuatkan dia lebih menghargai wanita yang bergelar isteri. “Hargailah pengorbanan ibu melahirkan kita.. kesiankan jadi orang perempuan ni macam-macam dugaan tak sanggup saya tengok tak boleh berjalan sampailah bersalin kalau masih tak sembuh…
“Isteri saya jadi macam ni sebab uri ke bawah sangat doktor cakap bahaya boleh pndrhn dan bahaya untuk baby dan ibu… “Tengok kerusi roda ini teringat pula dengan nenek palong..inilah kerusi roda peninggalan yang digunakan oleh nenek saya. “Terima kasih yang doakan untuk wife saya dan anak-anak saya..,” ujarnya. Aliff mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi nasyid, Datin Seri Shahida pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.