Sambut harijadi suami yang ke 32 tahun, rupanya Elly dan suami beza 10 tahun

Baru-baru ini perkongsian pelakon dan pengacara, Elly Mazlein menjadi perhatian apabila meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Cikgu Azlan yang ke-32. Menerusi entri itu, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina memuat naik gambar suaminya bersama kek serta dapat dilihat belon angka 3 dan 2. Dalam perkongsian itu, Kak Lina turut menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjadi pasangan dan bapa yang baik. “Happy birthday Somi mama yg ke 32. Terima kasih jadi Somi & Papa yang baik .. Mama, Manja & Haider love u so much,” tulisnya.

Perkongsian Kak Lina itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak melepaskan peluang memberikan ucapan serta mendoakan buat pasangan itu. Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang memasuki usia setahun. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, kini berusia lima tahun. Sumber, tehtarikkaw. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.