Tak goyang dengan kata kata orang, kali ni Azri Iskandar umumkan sesuatu pasal pernikahan dia dengan Dr Azra

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera. Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum. Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin. “Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters. “Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.

“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya. Dalam pada itu, Azri memberitahu kekasihnya itu masih fobia dengan kritikan yang diterima sehingga ibunya pengsan dan dikejarkan ke hospital. “Sehingga kini, Ara masih fobia dengan kejadian ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kritik saya… nak kahwin pun kena kritik,” katanya. Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.

SUMBER ASTRO GEMPAK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.