Tular kes Caprice dan Mydin, sekali Caprice dedah nak saman 30 Juta

Penyanyi rap sensasi, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada pihak pasar raya Mydin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran di media sosial yang didkwa memalukan dirinya. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia terkejut dan kecewa dengan hantaran yang dibuat di Twitter rasmi Mydin seolah-olah menyndirnya semasa dia sedang mempertahankan kes yang besar. Terima kasih pada yang sampaikan hantaran ini pada saya. Sejujurnya saya terkejut dan kecewa apabila jenama yang saya suka dan sokong ini menyndir atau memerli saya semasa saya sedang memperjuangkan kes besar.

” Kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan saya, saya memohon maaf jika cara saya kasar bermula dari kes PU lagi. Dari situ ramai sndir serta kritik saya. Saya tahu kes ini ramai tak percaya dan tak selesa untuk dengar. InsyaAllah kita akan sentiasa bantu dalam membela bangsa, katanya. Melalui hantaran berbeza, Caprice memaklumkan pihaknya akan mengenakan sman sebanyak RM 30 jvta kepada pihak Mydin sekiranya permohonan maaf secara terbuka tidak dibuat dalam tempoh 24 jam. Disebabkan oleh hantaran dibuat mydin malaysia pada 19 Oktober, klien kami Caprice telah mengalami penghnaan oleh jenama dan kedai yang dia kerap membeli-belah.

“Disebabkan oleh penghnaan awam ini, klien kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya travma dengan pembeli, pekerja, dan pelanggan dari mydinmalaysia. Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap mydinmalaysia boleh mengeluarkan video permohonan maaf dan pmpasan untuk hantaran melulu yang dibuat oleh jenama terkenal ini,” katanya.

Penyanyi rap sensasi, Caprice menuntut Mydin Mohamed Holdings Bhd Mydin membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendkwa syarikat itu memuat naik hantaran berunsur penghnaan di Twitter. Caprice, 33, mendkwa berasa terhna dan dimalukan secara terbuka dengan kenyataan Mydin itu.

Semalam, Mydin di Twitter Mydin Malaysia memuat naik tiga gambar bersama hantaran, “Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam.” Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin ketika dihubungi maklum mengenai perkara itu. “Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya ringkas. Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan di Twitter. Kredit, HM/IG