Sampai ada yang cakap Zahirah Macwilson tak nampak seperti ada anak, Rupanya ini yang buatkan ramai peminat teruja

Memang tak asing lagi kita dengan pasangan sama cantik ini. Pelakon jelita, Zahirah Macwilson mencuri perhatian ramai ketika menghadiri grand opening Ralph Lauren di Pavilion, Kuala Lumpur. Menerusi foto yang dimuatnaik di media sosial,  Zahirah kelihatan anggun menggayakan dress putih tanpa lengan berjenama mewah,  Ralph Lauren bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza yang segak menggayakan sut putih. “Last night at the grand opening of The World of Ralph Lauren.”- Tulis Zahirah

“Inikah Bidadari?”

Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat kejelitaan Zahirah, malah ada yang turut menyamakannnya seperti model antarabangsa, Bella Hadid. Kata warganet lagi “Inikah bidadari?.”, “Cantiknya pasangan wife husband ni. Bahagia tengok.” “Aishh. Kurusnya.” “Cantiknya. Tak nampak macam lepas bersalin pun.” Bella Hadid Malaysia.” Sekadar info, Zahirah Macwilson telah mendirikan rumah tangga bersama Aiman Hakim Ridza pada Februari 2020. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees. Sumber, murai

Rupanya Zahirah MacWilson Beranikan Diri Tunggang Motosikal Demi Jayakan Watak, Zahirah Akui Sukar Bawa Watak Tomboy. Siapa tak kenal dengan pelakon kacukan ini. Zahirah MacWilson belajar menunggang motosikal di set penggambaran drama Tiada Maaf Buatmu. Pelakon Zahirah MacWilson mencabar diri menunggang motosikal buat kali pertama dalam hidupnya bagi menjayakan watak menerusi drama lakonannya berjudul Tiada Maaf Buatmu. Pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 27, ini berkata, meskipun gementar namun tetap menyahut cabaran dengan belajar menunggang kenderaan itu sebelum penggambaran bermula.

Luahnya lagi “Perkara yang saya tak pernah buat adalah menunggang motosikal dan pertama kali berbuat demikian menerusi drama Tiada Maaf Buatmu. “Tetapi demi menjayakan babak berkenaan, saya memberanikan diri dan belajar on the spot di set penggambaran tanpa pergi ke kelas khas untuk belajar menunggang motosikal.

Watak sebagai Aina Cempaka beri cabaran buat Zahirah.

Saya memang tiada lesen motosikal dan tidak berhasrat untuk mendapatkannya kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian,” katanya kepada mStar. Zahirah berkata demikian ketika ditemui menerusi sidang media drama berkenaan secara maya yang diadakan baru-baru ini. Tiada Maaf Buatmu arahan Idora Abdul Rahman turut menggandingkan Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza selain Hafreez Adam, Wan Raja, Watie Sadali dan Hilal Azman. Ia sedang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam. Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia tertarik dengan watak Aina Cempaka kerana ia mempunyai personaliti sebagai seorang tomboy selain bersifat berdikari yang tidak pernah dibawa sebelum ini.

Zahirah bergandingan dengan suami Aiman Hakim.

Pun begitu katanya, tidak mudah menzahirkan sifat kelakian namun ia cabaran buat dirinya agar lakonan yang ditampilkan kelihatan menyakinkan dan semula jadi. “Memang saya ambil masa hendak sesuaikan diri dengan watak sebagai Aina Cempaka kerana tak mudah untuk nampak semula jadi perwatakan tomboy.

terangnya lagi “Tetapi saya suka kerana ia satu kelainan dan saya ada juga merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai sifat sama bagi menjayakan peranan dalam drama ini,” katanya. Bercakap lanjut mengenai drama tersebut, Zahirah berkata, selain terpaksa menunggang motosikal, cabaran lain melakonkan wataknya adalah dia perlu membawa batak seorang yang mengalami trauma dan dia tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan.

Zahirah membawa watak sebagai wanita tomboy.

Kata Zahirah, bukan mudah menzahirkan watak seorang yang sedang mengalami emosi dan fikiran terganggu namun berkat bantuan pengarah dia berjaya melakukannya. “Sejujurnya sangat susah nak bawa watak seorang wanita yang sedang trauma kerana saya tiada pengalaman sebegitu atau mengenali sesiapa yang pernah berada dalam situasi tersebut. “Bukan senang nak bawa watak tersebut tetapi saya banyak rujuk pengarah untuk beri yang terbaik kepada watak yang diberikan. “Alhamdulillah saya berjaya membawa watak itu dengan baik tetapi tidak sampai terbawa-bawa sampai ke rumah,” ujarnya. Sumber, mstar