Dolla tampil menari dengan pakaian menonjol, Sekali ini sindiran dari warganet buat ramai setuju

Umum memang ramai kenali dengan kumpulan penyanyi ini. Penampilan menonjol Sabronzo dan Angel sekali lagi dikritik. Selepas membuat permohonan maaf kerana berpenampilan tidak sopan baru-baru ini, dua anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dan Angel sekali lagi mencuri tumpuan ramai kerana dilihat memakai skirt paras peha. Penampilan mereka itu mengundang kritikan selepas Sabronzo memuat naik video dia bersama Angel sedang menari di tempat awam. Aksi mereka itu lantas dikritik kerana dilihat seolah-olah terlupa pernah berjanji untuk memperbaiki imej tidak sopan.

Dolla juga pernah dikritik sebab pakaian tidak sopan dalam sebuah acara sebelum ini

Ini antara komen kritikan dari warganet .”Alamak, terlepas pandang lagi. “Ini ke yang dimaksudkan terlepas pandang? Asyik terlepas pandang je. Kerap pula tu. “Selepas inI Dolla boleh buat tajuk lagu ‘Terlepas Pandang’,” komen warganet. Sebelum ini, Dolla dikritik hebat gara-gara berpakaian tidak sopan ketika tampil membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender. Menjawab kritikan ketika itu, Sabronzo mewakili rakan-rakan lain mengakui mereka terlepas pandang perkara berkenaan kerana memberi fokus untuk membuat persembahan.

Selepas inI Dolla boleh buat tajuk lagu ‘Terlepas Pandang’

Terang mereka alagi “Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian. “Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” jelasnya dalam temubual bersama mStar.

Memang sudah kita ketahui sejak awal muncul, gaya Dolla sering jadi perhatian. Selain Sabronzo dan Angel, Dolla turut dianggotai oleh Tabby serta Syasya. Penampilan tidak sopan kumpulan ini sering menjadi perhatian ramai sejak awal mereka mula dikenali dalam industri seni. Sumber, mstar