Pak Nil luah rasa kesal dengan pembentangan bajet 2023, Rupanya ini yang buat warganet setuju

Siapa tak kenal dengan pengacara terkenal ini. Pembentangan Bajet 2023 pada awal Oktober mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil menyuarakan pendapatnya di media sosial. Aznil menerusi ciapan di Twitter yang dilihat memuatnaik keratan artikel mengenai parti politik terhadap pembentangan Bajet 2023 itu turut menyifatkan kesemua parti politik adalah sama sahaja dan ‘menggula-gulakan’ rakyat. “Buang masa! Gula-gulakan kami!.”-Ciapan Aznil di Twitte

Pelbagai Reaksi Warganet

Dalam pada itu, ciapan pengacara terkenal dibanjiri dengan pelbagai komen warganet yang turut meluahkan pendapat mereka, malah ada yang meluahkan hasrat untuk melihat Aznil sebagai seorang Perdana Menteri. “Politik kita perlukan orang macam Pak Nil dan Azwan Ali. Bukan Shahrul Shiro, Altimet, Afdlin, Hans Isaac. Boleh juga consider Michael Ang.”Luah mereka lagi “Saya nak Pak Nil jadi PM. Hidup Pak Nil!!.” “Tahun depan, dijangka ekonomi akan gawat. Jadi perlukan sebuah kerajaan yang stabil.”

Aznil Terkedu Bila Tengok Keadaan Terkini Zamani, Padahal Semalam Baru Je Jumpa. Nama penyanyi Zamani adalah nama yang cukup besar di era 90-an. Namun, dugaan menimpa dirinya apabila keadaan fizikal Zamani yang semakin ‘bengkok’ kerana penyakit skoliosis yang telah memberi kesan terhadap tulang belakangnya. Terkini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara terhadap keadaan yang menimpa pelantun Syair Si Pari-Pari itu. Menerusi hantaran di Instagram, Aznil dilihat memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita yang dirakam pada 6 bulan lalu ketika program Karaoke Superstar dan menyatakan badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang. “Rakaman ini 6 bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.”-Kata Aznil

berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan Zamani, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan doa agar Zamani Slam segera diberi kesembuhan. “Cepat betul perubahannya. Paknil dan team #karaokesuperstar mendoakan agar @zamanislam_official segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin.”-Kongsi Aznil. Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut menitipkan doa buat Zamani Slam agar cepat sembuh. Malah, terdapat warganet yang mendedahkan bahawa tubuh badan Zamani kini semakin ‘bengkok’ dengan teruk. “Semoga cepat sembuh dan ada pihak sudi membantu abg zamani kita ni. Semua sayang abg zamani.” “Baru jumpa dia semalam. Memang makin teruk bongkok dia sekarang ni paknil.” “Syafakallah buat Zamani. Semoga dikurniakan dengan kesembuhan & sentiasa dalam jagaan Allah. Aamin Ya Mujib.”

Terdahulu, pernah tular video Zamani yang menjayakan persembahan dalam keadaan ‘bengkok’ pada majlis Berbuka Puasa ‘Buffet Rustic’ bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada April lalu. PENYANYI Zamani Slam akui dia kini masih aktif menyanyi meskipun mempunyai sedikit masalah kesihatan. Bagaimana pun, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 47, berkata dia sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen. “Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat. “Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV. “Lagi pun saya ada masalah kesihatan,” katanya kepada Gempak. Mengulas mengenai kesihatannya pelantun lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu dia kini mempunyai masalah tulang belakang.

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang. “Saya akui kesan salah guna bahan terlarang suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok. “Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” dedahnya. Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala bahan terlarang, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu. “Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini. “Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda yang tidak elok itu. “Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” luahnya lagi. Sumber, Murai, astroawani.com