Emma Maembong tampil dengan penampilan rambut baru, ramai puji nampak lebih muda

Emma Maembong tampil dengan rambut baharu. Nama pelakon Emma Maembong menjadi perhatian warganet selepas tampil gaya rambut baharu dengan potong pendek sehingga terlihat lebih muda. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, memuat naik video yang memaparkan perubahan rambutnya yang panjang paras bahu menjadi pendek di bawah paras telinga. Menerusi video yang dimuat naik Emma di Instagram itu dapat dilihat pelakon berkenaan begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu.

Emma kelihatan lebih segar dengan potongan rambut pendek.

Peminat pelakon itu turut memuji kecantikan pelakon berkenaan dengan potongan rambut berkenaan yang dilihat semakin muda namun ada juga yang berpendapat bahawa Emma lebih manis berambut panjang. “Nampak muda la Emma, tapi rambut panjang buat Emma nampak lebih sweet. Ada drama baru ke sampai potong rambut pendek ni? Tapi cantik betul. Ada anak memang akan potong rambut pendek, mesti dia rimas dengan rambut gugur,” antara komen warganet.

Sebelum ini, penampilan Emma sememangnya sentiasa menjadi warganet terutama berhubung isu pemakaiannya. Emma juga pernah dilanda kontroversi apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab tular di media sosial pada tahun 2019. Sumber, Mstar Online