Iring isteri naik pentas, Nabil dan isteri rai ulang tahun perkahwinan di pentas GV9

Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu. Terlihat sebak terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentas  menuju ke kek tiga tingkat yang tersedia.

“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami. Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.

Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka. Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.

“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil. Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu. Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3. Sumber, Media Hiburan

Nabil Terharu Dan Sebak Semasa Sambut Hari Jadi, Rupanya Apa Yang Dihajatkan Tercapai

Siapa aja yang tak kenal dengan pelawak popular ini. Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad terharu apabila menerima kejutan daripada penyampai radio 3 Pagi Di Era sempena hari ulang tahun kelahirannya. Nabil mengalirkan ari mata kegembiraan apabila hari jadinya yang ke-39 tahun dibawa menyambut bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Difhamkan Nabil sudah lama memasang niat itu, jadi Era FM cuba tunaikannya semalam. “Alhamdulillah, sebenarnya Nabil dah lama pasang niat nak raikan adik-adik ni semua tapi sempena dengan hari lahir dia harini, kitaorang dah plan awal dan siapkan semuanya.

Posting Era menulis “Jatuh air mata Nabil tadi bila dia dapat surprise ni,” tulis dalam satu kapsyen di akaun rasmi Era FM.]. Menerusi video yang dikongsikan oleh Era FM, Nabil dibawa menaiki satu kereta dalam keadaan matanya ditutup sehingga menuju serta tiba ke lokasi itu. Sebaik sahaja tiba, Nabil terus membuka matanya yang tidak menahan sebak mengalirkan air mata kegembiraannya. Sumber, gempak

Dedah Rakaman Beri Kejutan Pada Nabil Sempena Hari Lahirnya, Sekali Ini Luahan Nabil Buat Ramai Terharu. Penyampai radio Era, Radin dan Azad telah memberi kejutan buat rakan setugas mereka yang juga hos popular, Nabil bersempena hari lahirnya. Mereka berdua menghadiahkan Nabil satu hadiah yang cukup istimewa.

harini adalah birthday Nabil, saya dan azad dah plan nak suprisekan dia. Tapi geng kitorang tak tahu nak belikan apa.-Radin Radin dan Azad membeli hadiah berupa barangan berjenama yang mana mereka sebenarnya tidak pasti sama ada Nabil akan menyukainya atau tidak. Susulan itu, Nabil mengatakan bahawa hadiah yang terbaik buatnya ialah sahabat-sahabat yang baik dan juga keluarga yang baik. Dia juga sangat terharu dengan kejutan yang diberikan.

Hadiah Yang Terbaik

“Sebenarnya, dapat sahabat-sahabat yang baik ni, hadiah yang sebenar. dapat keluarga yang baik ni lah hadiah yang sebenar. Bukan pasal barang tau, dia pasal orang ingat tu buat aku terharu- Nabil.

Cuak Juga Sebenarnya…

aku risau bukan apa, aku takut dia tak suka atau eh! aku dah ada. aku takut tu je- Radin. Cuak tau, aku plan nak beli kereta, tapi mahal sangat”- gurau Azad. Dalam pada itu, Radin akui pada awalnya risau dengan hadiah yang dibeli itu kerana risau Nabil tidak menyukai atau sudah mempunyai barang  tersebut.  Manakala Azad pula berseloroh yang dia sebenarnya ingin menghadiahkan Nabil kereta, namun dek kerana harga kereta terlalu mahal, dia tidak membelinya. Sekadar info, Azad, Radin dan Nabil merupakan penyampai radio ERA yang ditugaskan untuk memeriahkan  segmen 3 PAGI ERA. Sumber, Murai.my