Lama dah mendiamkan diri dari industri dan sosial media, terkejut bila tengok Fathia kini tampil dengan sisi yang lagi matang

Setelah sekian lama menghilangkan diri dari industri, pelakon Fathia Latiff kini tampil dengan sisi yang lebih matang selepas membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan. Bukan sahaja dalam bidang lakonan, kegiatan pelakon itu menerusi platform media sosialnya juga kelihatan semakin perlahan berbanding suatu ketika dahulu. Menurut Fathia, kini dia lebih memilih kandungan yang ingin dikongsikan bersama pengikutnya dan menjadikan kontroversi lalu sebagai iktibar dalam kehidupannya. “Kalau rasa tak perlu kongsi, jadi saya takkan buat. Lagipun saya tak nak ‘trigger’ apa-apa dan kurangkan kongsi pasal peribadi. Pengalaman lama ajar saya berhati-hati,” jawabnya ringkas.

Menyedari perkara itu, Fathia juga mengakui dirinya kini lebih kerap berkongsi momen bersama keluarganya berbanding perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Memetik laporan Kosmo, sebagai kakak, Fathia ingin menjadi contoh yang baik kepada adik-beradiknya dan menjaga nama baik ramai pihak. “Masa saya banyak dibahagikan dengan keluarga. Saya tak nak nanti pada masa depan, ada timbul sesalan mengapa tidak guna peluang yang ada untuk bersama mereka. “Pada usia begini, seharusnya kita dah boleh berfikir perkara yang baik-baik sahaja. Lainlah kalau saya tiada sesiapa, bolehlah main hentm saja kan,” katanya. Sumber, kosmo

Nur Fathia Binti Abdul Latiff, lahir 1 September 1987 merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita di Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia… Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.

Nur Fathia dilahirkan pada hari Selasa, 1 September 1987 Masihi bersamaan 7 Muharram 1408 Hijrah di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binti Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Fathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Beliau berlakon dalam filem seram Al-Hijab arahan Pierre Andre terbitan Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael lakonan Pierre. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011. Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee. Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011. Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fida Ibrahim (sepupu Dato’ Sri Siti Nurhaliza). Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.

Beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Filem lakonannya, Drh Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana. Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza, pelakon utamanya dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.