Masa buat rawatan tiba tiba mak tak sedar, khabar duka ibu Abby Abadi telah pergi menghadap illahi

IBU kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi pergi meghadap illahi selepas tak sedar ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari Khamis. Berkongsi perkara tersebut, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata, ibunya, Hasnah Abu sudah beberapa tahun menjalani rawatan berkenaan akibat masalah buah pinggang dan sempat meluangkan masa bersama mak pada Rabu. “Baru semalam saya menghadap mak, masakkan makanan dan belikan buah kegemarannya. Teman mak makan dan solat, teman berbual.

“Hari ini emak sudah tiada,” katanya. Abby memaklumkan mengenai pemergian ibunya menerusi perkongsian di lnstagram miliknya. Mak akan diuruskan di Tanah Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zohor. Suami Abby memaklumkan ibu mentuanya sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Sementara itu, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria berkata, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu tak sedar ketika menjalani rawatan dialisis. Minggu lalu kata Faizal, Mak tak sedar sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.

“Mak sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga adalah masalah jantung. “Minggu lepas pun mak pngsn ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” ujarnya kepada mStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.