Jaclyn Victor pakai dress 50m masa persembahan jadi tumpuan ramai, tapi ini pula yang warganet perasan

Penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor telah berjaya merangkul tempat pertama di Gegar Vaganza Musim ke 9 yang bertemakan ‘Aman Dimata. Damai Dihati’ dengan markah sebanyak 85% dan juga memenangi Anugerah Bintang Memukau Adabi. Namun disebalik persembahan yang berjaya memukau para juri dan penonton itu, terselit kegigihan Jaclyn untuk menjayakan persembahannya dengan begitu baik. Dalam video tiktok yang dimuat naik oleh Jaclyn tersebut, terlihat dia berasa sangat lega sebaik sahaja turun dari platform yang agak tinggi seusai sahaja persembahannya. Katanya, dia mengenakan kain serba putih sepanjang 50 meter semasa persembahannya malam itu. Setelah selesai menyanyi. 50m kain kot nak kena tanggal hahaha. Tak Boleh nak explain rasa lega dah habis menyanyi phewwww – tulisnya di video tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Hasil tinjauan kami di ruang komen tiktok milik Jaclyn, ramai yang terhibur dengan penampilan Jaclyn yang hanya memakai selipar sahaja. Ada juga yang memberi komen mengatakan Jaclyn merupakan salah seorang artis yang merendah diri. Sekadar info, pada 26 Januari 2012, Jaclyn Victor menandatangani kontrak untuk menjadi artis KRU Music, dan single pertamanya di bawah label itu, “Sebelah Jiwaku”, turut dikeluarkan pada hari berkenaan. Dia mengambil langkah ini dengan harapan dengan daya cipta adik-beradik KRU boleh membantu beliau tidak lagi sekadar dikenali dengan lagu “Gemilang”, malah dia  juga mahu orang ingat dia sebagai penyanyi yang mempunyai lagu-lagu lain yang lebih menyengat. Apa Kata Anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber, MURAI.MY, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.