Ada yang pelik Awie bawa watak lembut, tak boleh berdiam sekali ini pengakuan dari Awie sebelum dia jadi Mat Rock

Penyanyi rock kapak terkenal, Datuk Awie mendedahkan karakter dirinya adalah seorang yang sangat lembut dan juga merupakan bekas penari zapin dan breakdance. Pelantun lagu Ratuku itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah temubual podcast yang tular di aplikasi TikTok. Menerusi video tersebut, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak menyangka karakter dirinya boleh berubah daripada lembut menjadi seorang yang ganas. “Asal dulu saya seorang lembut. Saya pun tak sangka bila saya berubah menjadi ganas, banyak kes gdh lah itulah inilah. Saya cakap kenapa boleh jadi macam ni. “Sebelum ini, saya seorang penari yang fleksibel seperti zapin dan breakdance. Saya memang lembut. Vokalist kumpulan Wings turut tidak sedar dirinya mampu bergelar seorang penyanyi rock dan menjadikan bakat nyanyian tersebut sebagai sumber rezeki sehingga berjaya digelar ‘king of rock’. “Asal dulu saya seorang lembut. Saya pun tak sangka bila saya berubah menjadi ganas, banyak kes brblah lah itulah inilah. Saya cakap kenapa boleh jadi macam ni.

“Sebelum ini, saya seorang penari yang fleksibel seperti zapin dan breakdance. Saya memang lembut. “Saya minat menyanyi, dari sekolah rendah dan menengah, tapi saya tak tahu saya boleh menyanyi. Saya cuba menyanyi satu malam di pasar malam dekat kawasan perumahan saya Datuk Keramat, Kuala Lumpur. “Saya tak tahu yang saya boleh menyanyi sebab tidak dididik dalam dunia seni. Bapa saya penyanyi pentas, mak saya ahli qasidah. Jadi memang tiada tunjuk ajar, tapi mungkin sebab darah seni mereka, genetik. “Saya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan mungkin kerana ini adalah minat yang mendalam untuk industri seni. Tapi sekarang saya dah tinggalkan tarian dan focus pada nyanyian,” katanya.

Pelakon dan penyanyi Ahmad Azhar Othman atau Awie ada melakonkan watak ‘lelaki lembut’ dan pereka fesyen bernama Sophie dalam filem “Apa Kata Hati” Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan peminat Awie terkejut dengan pendedahan rock lagenda mengenai masa lalunya itu. Sumber, XTRA. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.