Mas Idayu muat naik sesuatu, kini ramai warganet yang tampil komen dan risau dengan apa yang Mas Idayu tampil muat naik

Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi Mas Idayu, 50, telah disatukan dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September yang lalu.

Majlis Berjalan Lancar

Memilih Hari Malaysia untuk memateri ikatan cinta mereka, penyanyi lagu Cintaku 100% itu memberitahu, tiada simbolik tertentu atas tarikh berkenaan dan dia juga turut bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar. Mas Idayu kelihatan teruja kerana akhirnya kembali memegang status isteri, dan dia juga mengaku tidak menyangka perkahwinan kali kedua mendapat perhatian ramai sehingga banyak pihak sudi memberi tajaan.

Memuat Naik Status Di Istagram

Terbaru, melihat di Instagram miliknya, Mas Idayu ada memuat naik satu status yang menjadi tanda tanya netizen di media sosial. “Berselindung di balik senyum dan tawa… im okay”. Dalam status tersebut, Mas Idayu memuat naik satu video wawancara yang bertanyakan kepada seorang wanita bagaimana keadaannya dan wanita tersebut menjawabnya ‘im okay’ tetapi dalam masa sama menahan sebak dan akhirnya mengalirkan air mata.

Warganet Mula Risau

Diruangan komen, kelihatan ramai warganet yang mula risau dengan apa yang dimuat naik oleh Mas Idayu. “Mummy ok ke tu?” Tiada manusia tanpa ujian… jika hanya mainan…moga mummy terus bahagia bersama keluarga baru yang sakinah, hasanah, mawaddah, maghfiroh wa rahmah hatta jannah.” Baru hari bahagia, tak kan berduka…” Banyakkan sabar, sabar & sabar… you will be ok mummy”. Warganet mula bertanyakan keadaan Mas Idayu sekarang ini dan dia menjawab dengan perkataan ‘ya… im okay’. Dalam kerisauan warganet, kelihatan juga peminat mula mendoakan kepada Mas Idayu semoga terus kuat dan dipermudahkan dalam setiap urusannya. Sumber, Murai.my

Ramai Yang Tertanya Tanya Bila Ayda Jebat Terlepas Cakap Pasal Hamil Anak Kedua, Ini Pula Respon Warganet

Lama tak dengar cerita tentang Ayda Jebat, baru-baru ini penyanyi itu hadir ke stesen radio Era FM bagi mempromosikan single terbarunya berjudul Tak Bisa Lepas. Apa yang menjadi perhatian ramai adalah kenyataan Ayda yang mengatakan “know know (tahu tahu) ada nombor dua” ketika berbual dengan penyampai radio, Hanif dan Ray. Kenyataan Ayda itu sekaligus mencetuskan tanda tanya warganet yang membuat spekulasi Ayda kini sedang hamil anak kedua. Malah, Hanif dan Ray turut mengucapkan tahniah kepada Ayda serta mengatakan ianya pengumuman eksklusif daripada selebriti itu.Apabila ditanya mengenai kesahihan berita itu, Ayda hanya ketawa seolah belum tiba masanya untuk membuat pengakuan mengenai perkara tersebut. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengucapkan tahniah buat penyanyi dan pelakon itu. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Ayda. Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan Ana Nayla yang dilahirkan secara operasi pada 21 September tahun lalu.

Komen Warganet:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, https://www.rotikaya.com/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.