Michael Ang gelar DSV Ibu jadian buat ramai yang setuju, Rupanya ini gaya tudung Dato Seri Vida

Umum memang ramai kenali dengan usahawan sensasi ini. Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendapat teguran oleh sahabatnya selepas tampil dengan penampilan baharu yang menggayakan turban ketika menikmati minum petang di sebuah hotel terkemuka.

Mahu DSV Tukar Gaya Tudung

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Michael Ang yang berseloroh DSV harus tukar imej tudungnya yang kelihatan seperti ‘ibu jadian’. “Dato kena tukar imej tudung dia. Sekarang tudung dia nampak macam ibu-ibu dari Indonesia. Tapi bukan ibu betul tau, ibu jadian. Ibu yang terpisah. Pondan laa.”-Kata Michael Ang kepada Vida

Dipersetujui Warganet

Dalam pada itu, di ruangan komen , rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang turut bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Michael terhadap DSV. “Kawan yang baik..Bila dia berani tegur betulkan kita bila kita nampak tak betul.” “Pondan pun takpa janji berduit. Perghh dasyat punya jilat. Takpa la nanti mati guna la duit kau tu buat rasuah malaikat kalau boleh.” Kata warganet lagi “Betul lah  Michael Ang cakap tu. Dia tak tapis-tapis. Cakap depan-depan.” “Betul la Mike kata tu DSV. Dia bukan fake. Yang depan DSV tu yang”. Sumber, murai

Selepas Setahun Tidak Berbaik Akhirnya Iqbal Dan Dato Vida Digandingkan Dalam Satu Filem. Memang tak asing lagi kita dengan dua nama popular ini. Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli dilihat sudah kembali bergandingan bersama jutawan kosmetik, Datuk seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV menerusi sebuah filem setelah setahun tidak berbicara secara baik.

Setahun Saya Tidak Berbicara Baik Dengan Datuk Seri Vida

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal menceritakan bahawa dia digandingkan bersama DSV dalam sebuah filem berjudul ‘Gui’ yang bermaksud hantu dalam bahasa Mandarin. “Lakonan saya dengan Datuk Seri Vida dalam filem Gui. ‘Gui’ bermaksud hantu dalam bahasa Mandarin. Waktu ni saya dengan Datuk Seri Vida hanya beraksi di depan kamera sahaja tanpa bercakap apa-apa walau duduk sebilik. Setahun saya tidak berbicara baik dengan Datuk Seri Vida. Dalam lakonan orang nampak kami bergurau senda, usik mengusik. Apapun, kata semua ‘chemistry’ kami kuat untuk lakonan.”-Tulis Iqbal

Titip Rasa Syukur Dapat Tawaran Filem & Telemovie

Tambahnya lagi, Iqbal turut menitipkan rasa syukur bahawa dia mendapat dua tawaran filem dan telemovie setelah pengarah melihat kemampuannya dalam lakonan. “Di set penggambaran, kami tidak ada skrip. Semua aksi dan skrip adalah spontan. Setelah pengarah lihat saya mampu berlakon, tiba-tiba banyak scene yang ditambah. Juga syukur di set juga saya terus dapat dua tawaran filem dan telemovie untuk seterusnya.”-Tulis Iqbal Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7) ini mengakui dirinya masih mentah dan masih perlu banyak belajar dalam bidang lakonan.