Zahiril Adzim tampil dedah masa persiapan penggambaran sangat suntuk, Zahiril akui sudah cuba lakukan yang terbaik untuk penonton

Zahiril terbuka dengan kritikan penonton tentang lakonannya. Pelakon Zahiril Adzim berasa bimbang lakonannya dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka tidak menepati citarasa penonton gara-gara hanya mempunyai masa 14 hari melakukan persiapan sebelum memasuki set penggambaran. Zahiril, 38, bagaimanapun berkata, sebagai seorang pelakon dia sudah sedaya upaya memberikan yang terbaik bagi menjayakan watak A-Wut dan selebihnya menyerahkan kepada penilaian penonton apabila filem itu ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober ini. “Tempoh persediaan memang tak cukup sebab pada awalnya projek ini hanya untuk supertelefilem. Saya pun tak tahu ia diangkat sebagai filem bagi tayangan pawagam.

Syafiq dan Zahiril menjadi dua pelakon utama Siku 12: Langkah Derhaka.

Luahnya lagi “Saya sudah berikan yang terbaik dalam tempoh persediaan singkat itu. Bagaimanapun untuk diri saya sendiri, rasanya masih banyak perlu diperbaiki. “Saya dah sedia apa sahaja komen penonton nanti. Kalau suka, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, itu hak mereka. Penonton sekarang pun sudah bijak menilai,” katanya kepada mStar.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa. Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain ini mengetengahkan elemen persilatan Melayu permainan 12 yang jarang diketahui umum serta seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai.

Saya sudah sedia apa sahaja komen penonton nanti.

Selain Zahiril, ia turut menampilkan aktor Syafiq Kyle sebagai teraju utama. Berkongsi lanjut mengenai filem berkenaan, Zahiril memberitahu pengalaman berlakon dalam filem Bunohan sebelum ini sedikit sebanyak membantu dia mendalami watak A-Wut dengan lebih baik.

Barisan pelakon Siku 12: Langkah Derhaka.

Katanya, dia tertarik menerima tawaran melakonkan watak berkenaan kerana elemen persilatan langkah 12 menarik perhatiannya. “Tajuk filem ini sendiri sangat menarik, saya sendiri pun tak tahu tentang kewujudan langkah 12 sebelum ini dan ia merupakan perkara baru untuk saya pelajari. “Saya harap filem ini dapat perkenalkan seni silat berkenaan kepada lebih ramai orang kerana keunikannya yang tersendiri,” katanya. Sumber, mstar