Hanya untuk tujuan kerja dan kongsi puisi, Puteri Balqis akui agak kekok dan takut untuk gunakan platform ni dan rupanya ini sebabnya

Puteri Balqis kini mempunyai akaun rasmi TikTok. Pelakon Puteri Balqis akhirnya membuka akaun TikTok sebagai platform berkongsi aktiviti seni dan memuat naik puisi yang ditulis. Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 15, bagaimanapun berkongsi rasa takut membuka akaun di laman sosial berkenaan kerana sedar ramai menggunakan TikTok.

“Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya menggunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi puisi. Saya agak kekok dan takut untuk menggunakan platform media sosial ini kerana ramai yang bermain TikTok,” katanya.

Akaun TikTok yang dibuka hanya untuk tujuan bekerja.

Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish memuat naik video di laman sosial itu bagi memaklumkan tentang akaun rasminya yang menggunakan nama @morosechildofficial. Pun begitu, Aqish berkata, dia bersyukur kerana peminat sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar pengikutnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Namun, saya bersyukur kerana anda semua sentiasa menyokong saya dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan baik,” ujarnya. Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan sokongan terhadap pelakon ini dan mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan selain memintanya untuk tidak mensia-siakan bakat pada dirinya. “Tahniah, Balqis. Moga terus berjaya.

Puteri Balqis takut dengan pengguna di TikTok.

“Hi Aqish, saya di sini untuk awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak walau di mana sahaja kaki melangkah. Done follow Aqish, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami sentiasa sokong Aqish,” tulis pengikutnya. Sebelum ini terhadap banyak akaun palsu menggunakan nama Aqish di platform berkenaan. Sehingga kini, akaun TikTok berkenaan sudah mempunyai lebih 5,000 pengikut dan Aqish memuat naik video pertama di platform itu lima hari lalu. Sumber, Mstar Online