Terasa hati bila ada yang bandingkan harga sebab niaga kat kampung, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Anissa Faizul

Selain Kieda Crepe tersohor di Kepala Batas, di Kelantan pula kedai isteri kepada Youtuber dan pengarah filem terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul yang diberi nama Beli Dessert semakin hari, makin mendapat sambutan luar biasa penduduk di negeri tersebut dan acap kali menjadi tumpuan di media sosial. Mana tidaknya, orang ramai sanggup beratur demi mendapatkan pelbagai jenis dessert yang dijual di kedai Anissa Faizul. Meskipun begitu, nampaknya terdapat satu komen daripada seorang individu membuatkan Anissa Faizul terpanggil untuk menjawabnya. Komen yang membandingkan harga di bandar dengan kampung itu menyebabkan Anissa Faizul tampil menjawabnya dengan memuat naik video.

Perkongsian Anissa Faizul itu bagaimanapun menarik ribuan komen ditinggalkan oleh warganet yang turut menyelar dakwaan barang di kampung senang diperoleh malah rata-ratanya berpendapat bahawa harga barang dijual sama sahaja malah lebih susah untuk diperoleh di kampung kerana tidak banyak pilihan berbanding di bandar. “Dekat bandar memang standard harga macam tu, ni dekat kampung (kg) barang-barang pun senang dapat. Sepatutnya 8 ringgit lagi berbaloi,” komen terbabit ditinggalkan menerusi salah satu video dikongsikan Anissa Faizul yang membuat review salah satu makanan yang ada di kedainya. Komen yang membandingkan harga di bandar dengan kampung itu menyebabkan Anissa Faizul tampil menjawabnya dengan memuat naik video. Klik sini untuk lihat video.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, HCL. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.