Ada yang dedahkan harga jam tangan yang berapa di tangan Jep Sepahtu, sekali ramai yang puji sikap rendah diri Jep

Sejak akhir-akhir ini, nama pelawak Jep Sepahtu menjadi bualan ramai selepas adegan disuap pelakon Erra Fazira ketika persembahan jelajah Sepahtu Reunion Live Tour 2022. Terbaharu, Jep sekali lagi menarik perhatian selepas tular koleksi jam tangan milik selebriti itu. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram @beastlab_, penyampai radio berumur 37 tahun itu dilihat menggayakan jam tangan daripada jenama Rolex.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, jam tangan mewah itu dianggarkan berharga RM89,000. Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin yang tidak pernah menayang kemewahan kepada umum. Selain itu, ada juga segelintir yang ‘memetik’ kereta Bently yang dimiliki bapa kepada anak ketiga dan menurut warganet harganya bernilai lebih RM500,000.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1. Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Sumber, awattsyeikh.com

Tular Gelagat Berani Jep Sepahtu Minta Erra Suapkan Bubur, Sekali Ini Pulak Yang Sariyanti Buat Sampai Ramai Terhibur

Sebut sahaja nama Jep, tentu ramai yang tak kering gusi dengan lawaknya saban minggu di rancangan popular, Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran di Astro Warna. Terbaharu, rancangan ini telah mengadakan Sepahtu Reunion Live Tour 2022 dan baru-baru ini pula berlangsungnya episod pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru. Tentu sahaja ramai yang menantikan untuk menonton tayangan rancangan tersebut secara live mahupun di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, nampaknya gelagat Jep bersama anggota Sepahtu yang lain ditambah pula dengan diserikan oleh pelakon, Erra Fazira cukup menghiburkan penonton. Apatah lagi, gelagat berani Jep hangat diperkatakan ramai.

Saya Dalam Fasa Mencari Nombor Dua

Episod pertama itu sahaja sudah membuatkan ramai begitu terhibur disebabkan gelagat berani Jep apabila pelakon jelita, Erra Fazira hadir sebagai selebriti jemputan. Sehinggakan Jep tular diperkatakan ramai apabila dia juga sempat disuap bubur oleh Erra Fazira. Meskipun lawaknya sentiasa berlapik namun kali ini, dia membuatkan peminat juga terkejut.

Selain itu, nampaknya peminat juga ternanti-nantikan reaksi Sari Yanti tentang gelagat b.erani Jep pada malam tadi dan ternyata dia juga tercuit hati. Hantaran video tersebut bagaimanapun mengundang tawa warganet dan berseloroh dengan pelbagai reaksi diruangan komen apabila Jep sekali lagi membuatkan penonton tak kering gusi.

Sari Yanti Masak Bubur Letak Cili

Terbaharu, menerusi satu muat naik di akaun jep sepahtu sendiri serta sari yanti menarik perhatian warganet apabila dia berkongsikan kejadian yang terjadi di rumah pula. Nampaknya selepas disuap oleh Erra Fazira di rancangan tersebut, Jep di rumah pula disuap oleh Sari Yanti yang mengundang tawa ramai melihat akibat yang perlu ditanggungnya. Kredit, HCL/IG. Sumber, Online Malaya