Shakilla Khoriri tampil luah hasratnya sampai ke puncak Kinabalu tidak tercapai, Rupanya ini yang berlaku buatkan Shakilla sebak

Siapa tak kenal dengan pelakon wanita ini. Hasrat pelakon, Shakilla Khoriri untuk menakluk puncak Gunung Kinabalu tidak kesampaian berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di Sabah.

Jumpa tahun depan!

Bila Allah tak izinkan sesuatu itu terjadi maka hendaklah kita redha dan merelakan dengan ikhlas. Terlalu banyak sangat alasan dan halangan yang mungkin jadi ‘hint’ buat kami untuk tak sampai ke summit. Belum rezeki. Sebaik sahaja mengetahui keadaan cuaca tidak mengizinkan, Shakilla berkata dia berasa sangat kecewa sehingga menangis. Ini kerana, dia dan 100 pendaki yang lain sudah bersusah payah sejauh 6 kilometer untuk sampai ke Laba Rata.

Lutut yang tak berapa baik. Tapi aku redha. Bila tengok banyak perkara depan mata seolah-olah Allah bagi peringatan pada aku dan semua. Allah sedang menguji. Aku pun sedih. Hampa. Tapi berkali-kali aku fikir. Betul. Allah sayang. Allah nak lindung kesemua 100 lebih pendaki. Allah nak uji kesabaran semua. Allah nak tengok siapa yang nak melanggar hukum alam. Aku nampak depan mata setiap kuasa Allah. Namun begitu, Shakilla sedar bahawa tiada seorang manusia boleh melanggar hukum alam. Dia percaya setiap yang berlaku pasti ada kebaikan disebaliknya.

Aku berlapang dada untuk buang semua rasa negative tu dan ambil sebagai satu ujian. Aku tahu, Allah sayang aku dan semua. So yes, jangan ada yang tanya lagi sampai Summit ke tak. Sebab memang takde rezeki. Atau mungkin Sabah dan mula jatuh hati pada aku. Nak aku datang melawat setiap tahun.

Terima kasih semua

Di akhir posting, Shakilla memberitahu dia akan kembali semula ke Sabah pada tahun hadapan. Pelakon drama ‘Putera Katak’ ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang berada di Sabah. Sumber, oh bulan