Aman Ra nekad baling topi pada peminat, sekali kena bebel dengan isteri sebab ni

Penyanyi rap, Aman Ra menjadi tumpuan warganet apabila perbuatannya melempar bucket hat semasa melakukan persembahan di Absolut Music Festival 2022 dimarahi oleh isterinya. Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Aman Ra meluahkan rasa geram kerana topi tersebut ‘limited edition‘ dan tidak dijual di pasaran lagi. Saya betul-betul tahu dengan segala fibre dalam badan ni bila awak pakai, itu kali terakhir saya akan nampak bucket hat itu. Saya dah nak lari dekat tepi pentas dan beritahu awak jangan baling bucket hat tu, tapi baling tuala. Aduhai, saya rasa dah tak ada lagi bucket hat yang macam tu. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet termasuk rakan artis terhibur melihat Aman Ra dimarahi isteri kerana tindakannya itu. Lepas ni letak tuala dekat kepala. Klik sini untuk lihat video.

Penyanyi rap, Aman RA, selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati sebentar tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Aman RA sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah! Mengenakan busana serba putih, Aman RA atau nama sebenarnya Aman bin Jamaluddin memohon doa yang terbaik daripada warganet. Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberi ucapan tahniah buat pelantun suara lagu ‘Budak Flat’ ini. Warganet berharap jodoh Aman dan isteri akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Natiqah Rahmat. Mereka berpisah pada 29 Mac 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa. Sumber, Aman Ra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.