Anne muat naik rakaman Achey beli motosikal baru, Celoteh bebelan Anne buat ramai geli hati

Memang tak asing lagi kita dengan pelawak ini. Achey sudah memiliki beberapa buah motosikal peribadi sebelum ini. Bebelan isteri kepada Achey iaitu Anne berhubung tindakan pelawak itu membeli sebuah motosikal baharu mencuit hati warganet.

Bukan pertama kali membeli motosikal baharu, Anne mendedahkan suaminya itu sudah memiliki beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di rumah mereka sehingga boleh dijadikan kedai pameran. “Dah puluh ribu motosikal di rumah. Jangan racun orang lain. Dia beli orang lain ikut jer belakang.

Walaupun membebel beli motosikal baharu, isteri Achey sentiasa sokong minatnya

Bebel Anne lagi “Tak lama lagi rumah dan pejabat buat showroom jer kalau macam ini,” katanya. Anne berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok. Menerusi video tersebut, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, sedang menurunkan motosikal jenis Yamaha YZ daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Motosikal jenis itu memang menjadi kegilaan ramai peminat sukan lasak motocross. Turut kelihatan deretan beberapa buah motosikal lain yang diparkir di ruang garaj kediamannya. Dalam pada itu, ramai dalam kalangan peminat menyokong tindakan Achey membeli motosikal berkenaan kerana ia hobi lebih baik berbanding ‘membeli’ isteri baharu.

Biarlah dia… janji kamu bahagia. Dulu masa susah hidup memang payah nak dapat macam sekarang ini

Komen warganet lagi “Mujur dia beli motosikal… kalau dia nikah lagi, boleh berdarah hidung akak nanti. “Dulu nak (beli) tak mampu, sekarang ini dah mampu dia angkut segala yang dia nak. Syukur rezeki. “Biarlah dia, janji kamu bahagia. Dulu masa susah hidup memang payah nak dapat macam sekarang ini,” komen warganet.

Selain kerjaya seni, Achey juga aktif dalam sukan permotoran.

Sementara itu Achey pula tidak banyak memberi reaksi ketika isterinya itu membebel tentang pembelian yang dibuat kerana perhatiannya lebih kepada motosikal yang baharu sampai. Jika dilihat di laman Instagram Achey sendiri, dia antara selebriti yang aktif terlibat dalam bidang permotoran dan sering mengikut jelajah bersama rakan-rakan yang mempunyai minat sama. Sumber, mstar