Caprice nak berkolaborasi menyanyi dengan Dato Aliff, tapi warganet pertikaikan pasal ni pulak

Penyanyi rap, Caprice membuat perkongsian di media sosial, meluahkan rasa teruja akan kejayaan rakannya yang juga merupakan penyanyi hiphop kelahiran Singapura, Alyph yang tampil dengan lagu terbaharu berjudul Swipe. Dalam pada itu, Caprice juga meluah.kan hasrat mahu berkolaborasi bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini pernah dikritik selepas menghasil kan lagu dangdut berjudul Baby Sayang bersama penyanyi terkenal, Baby Shima. “2nd of all, alang-alang jom ah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu. Tanpa any sotongs ahh.. “-Tulis Caprice.

Pelbagai Reaksi Warganet

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata rata warganet tampil memberikan pandangan mereka, malah ada yang seolah-olah “menyindir” Caprice mengenai perkembangan kes samannya terhadap sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN). “Perlu ke invite orang dengan perli-perli macam tu?.” “Apa perkembangan kes nak saman MYDIN tu? Kami nak tau gak.” “Mydin bila nak kena saman, takkan sembang je. Hmm tak best la macam ni.” “Nak melawak pun tengok la situasi… Allah tengah menguji kesabaran alif syukri dengan isteri dia tu.. Member tgh serabut walaupun buat cool buat relax.. Tiba2 caption pun.. Tak boleh ke nak taip.. In sha Allah boleh jika ada rezeki lebih untuk kami bekerjasama dengan dia.. Kan lebih elok camtu.. Jahat manusia sekarang ni mcm2.”

Terdahulu, nama Caprice menjadi perhatian selepas mahu memfailkan tuntutan saman terhadap Syarikat MYDIN yang didakwa telah menyindir beliau. Jelas Caprice, dia akui rasa kecewa dan terkejut akan sindiran terhadapnya yang sedang bergelut menyelesaikan kes yang besar. SUMBER, MURAI. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.