Hampir 6 bulan diam tanpa khabar, sekali pengurus dedah apa yang jadi pada Azar Azmi

Nama pelakon berbakat Azar Azmi menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sudah lama menye.pi dan tidak lagi aktif di akaun media sosialnya. Kehilangan pelakon itu di media sosial juga telah mencetuskan pelbagai persoalan terutamanya dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku kepada pelakon itu. Sekadar info, Siti Azar Ameerah Azmi merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja. Bermula 13 April 2018, Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3, beliau menjayakan drama ini bersama-sama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan. Klik sini untuk lihat video.

Beliau juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi t.eraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018. Difahamkan, Azar Azmi memuat naik perkongsian terakhir di Instagram pada tarikh 6 Mei yang lalu di mana itu merupakan kali terakhir dia dilihat aktif di platform tersebut. Malah tinjauan di beberapa akaun bisnes milik pelakon itu juga mendapati tiada kemas kini yang dilakukan dan hantaran terakhir yang dimuat naik adalah pada bulan April lalu.

Hantaran terakhir yang dimuat naik oleh Azar Azmi itu pula adalah tentang bisnes yang dikendalikan oleh pelakon itu di mana dia dilihat sedang menguruskan bungkusan barang untuk dihantar kepada pelanggan. Susulan kehilangannya dari media sosial ini, rata-rata peminat turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warganet turut meluahkan rasa rindu terhadap pelakon itu dan mengharapkan dia kembali aktif dalam bidang lakonan. Dalam masa yang sama, ramai yang turut mendoakan Azar Azmi berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja pada masa sekarang ini.

Antara Reaksi Orang Ramai. Azar ni dah tiada parent pergi menghadap illahi. Dia jaga adik beradik dia dengan baik. Maybe dia ada problem ke apa. Behave on your comments. Gi mancing kot mungkin camping bersama kawan dlm hutan, offline duduk bandar apa yg best?. Stres yang dari kampung sibuk ke bandar yang duduk bandar suka kehijauan alam tak gitu. Kesian die, die yatim piatu mungkin die nk tenangkan diri. Doa yang baik-baik. Sekadar makluman, Azar Azmi sebelum ini pernah dilaporkan berkurung di rumah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pada sekitar Jun lalu.

Diharapkan ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang dapat berkongsikan perkembangan terkini pelakon itu bagi menjawab soalan dari orang ramai. Kredit, HCL/IG. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.