Ada beberapa hajat Syazlin tak dapat dilunaskan, kali ni abang dedah salah satu hajat Syazlin

MINGGU ini, di sebalik hangatnya beberapa kisah sensasi membabitkan selebriti tanah air, ada berita duka mengundang hiba. Dunia hiburan terkedu mendengar laporan berita pemergian seorang pelakon dan juga model, Syazlin Zainal yang pergi menghadap illahi secara tiba-tiba pada Khamis lalu. Berita tersebut terlebih dahulu dimaklumkan rakan-rakan baiknya dan juga sepupu menerusi perkongsian dalam Instagram masing-masing.
Perkhabaran duka tersebut kemudian disebarkan peminat dan individu yang mengenali Syazlin dalam Twitter. Rakan baik Syazlin dikenali sebagai Zeatyalia pada awalnya enggan mendedahkan punca sebenar pemergian pelakon drama Oh My Hantaran itu atas sebab untuk menghormati privasi keluarganya.

Bahkan dia yang masih terkejut ketika menerima berita tersebut sukar menggambarkan perasaan yang dirasakannya ketika itu. Lebih menyedihkan, ada beberapa hasrat Syazlin atau nama penuhnya Syazlin Suhaizan Zainal yang tidak sempat dilunaskan semasa hayatnya masih ada. Seperti dikongsikan abangnya bernama Azri Azizi Zainal dalam Twitter, arwah sangat teringin bertemu dengan anak perempuannya yang baru dilahirkan pada bulan lalu. “Hari ini, adik perempuan saya, Syazlin Zainal pergi menghadap illahi. Baru sahaja berjumpa bulan lepas ketika isteri saya berpantang di kampung.

“Dia kata, nak sangat jumpa bayi perempuan kami yang baru dilahirkan, Aralyn. Sebab nama hampir sama dengan dia,” katanya. Tambah Azri, dia memberi nama Aralyn kepada anak perempuannya itu disebabkan allahyarham yang lebih mesra disapa Alin. “Saya pilih nama itu pun sebab Alin. Tetapi Aralyn takkan pernah dapat jumpa ibu saudaranya. Al-Fatihah,” tulisnya lagi. Selain hasrat bertemu anak saudara tidak kesampaian, Syazlin yang dilaporkan pergi menghadap illahi akibat terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor tidak sempat meraikan sambutan hari lahirnya esok. SEPANJANG kariernya, Syazlin pernah berlakon bersama Anna Jobling menerusi drama Dia Yang Ku Jadikan Suami.

Dia yang dilahirkan pada 14 November 1996 sepatutnya merancang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 bersama rakan. Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo melawat pusara bekas kekasihnya sempena ulang tahunnya yang ke-26 di Tanah Islam Taman Keramat AU2, di sini pada Isnin. Pablo yang menetap di Johor meredah hujan pada Ahad malam untuk melawat psra Syazlin di sini. “Selamat hari jadi sayangku Syazlin Suhaizan Zainal 14/11/1996. Akan ku abadikan senyumanmu yang indah itu di dalam hati ini meskipun sekarang sayang sudah terlalu jauh dari saya, namun dekat di sisi Allah SWT.

“Tenanglah di sana. Al Fatihah,” tulisnya akaun media sosial miliknya. Rakan-rakan terdekat dilihat turut menziarahi Syazlin sempena ulang tahun kelahirannya itu. Malah, mereka dilihat turut menenangkan Pablo yang masih lagi terkesan dengan pemergian pelakon wanita itu. Jumaat lalu, punca pemergian Syazlin akibat terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. Siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur tak elok dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai pemergian mengejut (DSR). Menurut Zeatyalia dalam perkongsian lain Instagramnya pada Jumaat lalu, allahyarham selamat diuruskan di Keramat, Kuala Lumpur. Sepanjang hayatnya, Syazlin yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik pernah membintangi sejumlah drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut.

Warganet persoal imej

Pemergian pelakon itu pada usia yang sangat muda cukup mengejutkan ramai termasuklah rakan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini seperti Anna Jobling, Nadia Brian dan Scha Elinnea. Sementara pelakon Hun Haqeem dalam satu perkongsian Instagram menyifatkan allahyarham sebagai rakan yang sangat baik dan tidak pernah lokek dengan senyuman. “Dia selalu senyum sahaja ketika di set penggambaran, sangat fokus dengan kerja dan selalu mahu berikan yang terbaik setiap hari dalam lakonannya,” ujar Hun. Al-Fatihah buat Syazlin Zainal. Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kredit, hmetro