Warganet cakap Shuib ada hubungan dengan Watie masa Sarah ada, terkedu ini pula pengakuan dari tuan badan

Pelawak dan penyampai radio, Shuib menafikan dirinya sudah mengenali wanita bernama Watie ketika masih bersama isterinya, Siti Sarah. Shuib berkata, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah yang akan menjejaskan maruah keluarganya. “Video tular yang kononnya saya bermain golf dengan dia adalah tidak benar sama sekali. Video itu dirakam pada 2021 dan ketika itu saya belum bermain golf lagi. “Saya tak nak disebabkan isu ini orang cakap rupa-rupanya ketika Sarah ada (hidup) saya sudah berkawan dengan orang lain. Saya tak pernah buat macam itu.

“Kalau nak cakap lama ke saya kenal Watie, jawapan saya tidaklah lama sangat. “Saya mohon jangan sebarkan cerita yang tidak betul. Kesian kepada saya dan anak-anak kerana mereka juga sudah pandai membaca,” katanya. Menurut Shuib, dia bersyukur kehadiran Watie disenangi oleh anak-anaknya dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan mental mereka. “Anak-anak saya memang sudah kenal saya. Gambar yang tular itu bukan pertemuan pertama mereka. Alhamdulillah mereka selesa dan gembira.

“Sekarang ini saya sangat mementingkan kesihatan mental anak-anak kerana saya faham keadaan mereka yang perlukan seorang wanita. “Setiap kali ada benda baik seperti sekarang ini saya akan raikan bersama anak-anak. Kadangkala saya pun tak tahu apa yang terbaik tapi setiap yang baik kami cuba raikannya,” katanya. Terdahulu, Shuib mengesahkan sedang berkawan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie. Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Sarah pada Februari 2011.

Pada 9 Ogos 2021, Sarah Menghembuskan Nafas Terakhir Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Akibat Covid-19. Sarah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar sebelum pergi menghadap illahi. Selain Ayash, pasangan itu memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Sumber, HMETRO ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.