Sebelum masuk hospital sempat jumpa dengan Nad Zainal, kali ni bekas suami dedah keadaan terkini anak

Pelakon wanita, Nad Zainal dikhabarkan sedang kritkal dan dirawat di unit rawatan rapi sebab paru – paru berdrh.  Berita tersebut dimaklumkan oleh rakan selebritinya, Ungku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya pada tengahari tadi.  Terbaru, bekas suami Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin memaklumkan bahawa pelakon tersebut ditidurkan atas beberapa faktor untuk memperbaiki pernafasan.  Sebelum Nad dimasukkan ke hospital, Faliq ada bertemu dengan bekas isterinya di rumah dengan keadaan lemah. “Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital. 

“Tapi sebelum ini, saya sempat berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah. “Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulans,” ujarnya. Dalam pada itu, Faliq memaklumkan dia ada melawat dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun. “Anak – anak okay, buat masa ini di bawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik. 

“Mereka pun tak berapa faham sangat.. Cuma Yem la ada rasa – rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” tambahnya lagi kepada Gempak.  Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, https://beritaawani.com/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.