Elly Mazlein masuk hospital lagi, sekali ramai yang luah rasa risau kalau alami sakit lutut balik

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini difahamkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian di Instagram, Elly merakamkan ucapan terima kasih kepada rumah produksi, Radius One dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin kerana telah menghantar buah tangan kepadanya di hospital.

“Thank you @radiusone_official @budakijat @fazli_radiusone sudi hantar bunga dan ambil berat. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya. Pada masa sama, pengacara program Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang perihatin terhadap keadaan kesihatannya itu. “Terima kasih juga buat semua kesayangan yang mendoakan Kepom. InsyaAllah semuanya akan okay,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu tidak mengulas lanjut mengenai punca dia dimasukkan ke hospital. Namun, terdapat juga segelintir pihak yang merasakan Elly terpaksa menerima rawatan di hospital disebabkan masalah kecdraan lutut yang dialaminya baru-baru ini. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Elly akan segera sembuh daripada penyakitnya itu.

“Ala, kenapa dengan sayang Faz ni? Syafakillah. Semoga lekas sembuh ya,” komen pelakon, Fazura. “Get well soon Kepom. Ghisau daripada hari tu lagi. Rehat naa,” balas pengarah, Shahrulezad Mohameddin. “Kak Lina, nanti GV pakai sandal atau sneakers puk tak mengapa. Kami tak kisah. Untuk kesembuhan kaki Kak Lina,” kata seorang warganet.

“Semoga cepat sembuh. Sunyi dunia hiburan tanpa Kak Lina. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya,” balas seorang lagi warganet. “Saya doakan semoga Kak Lina dirahmati Allah dan diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan dan dipermudahkan segala urusan,” komen warganet lagi.

Sebelum ini, Elly memaklumkan lututnya telah terseliuh ketika menjalani penggambaran bagi sebuah projek drama. Malah, ketika mengacarakan konsert mimggu ke-7 GV9, Elly terpaksa menggunakan kerusi roda kerana pergerakan agak terbatas. Sumber, Media Hiburan