Sebarkan cerita yang tak betul, kali ni bekas suami tampil buat permohonan maaf pada Ebit Lew

KISAH seorang wanita yang bekerja sebagai walker Foodpanda demi membesarkan seorang cahaya mata ternyata meruntun hati warganet. Dikenali sebagai Emy, wanita berusia 23 tahun yang dikatakan sudah lama berpisah dengan suaminya turut bekerja sebagai pembantu restoran dan kini menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Selepas kisahnya tular di media sosial, aktivis kebajikan Ebit Lew turut menghadiahkannya sebuah motosikal untuk memudahkan urusan harian dalam mencari rezeki.

Namun selepas kisah Emy semakin hangat menjadi bualan ramai serta mendapat liputan media, muncul seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrul Rosli mendakwa dia merupakan suami wanita itu.Menerusi ruangan komen di Instagram Ebit, Fakhrul memberitahu dia dan isterinya masih dalam proses di mahkamah dan meminta netizen mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga. “Ya Allah ustaz… salah tu, bukan dah lama terpisah. Kami masih baik, masih contact sebab sama-sama uruskan anak sekarang. “Duduk pun dekat-dekat cuma status kami masih dalam proses. InsyAllah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya. Doakan kami tiga beranak,” tulis lelaki itu.

Menerusi akaun Instagram lelaki, dia telah memberitahu apa yang ditularkan tentang semua yang terjadi adalah content semata tidak benar. Dia tampil memohon maaf kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai. Menerusi instagram itu juga dia telah beritahu bahawa dia dan Emy (ibu muda) telah sah berpisah hari ini di Mahkamah Syariah. Harap penjelasan ini dapat meredakan apa yang berlaku. Ianya bukan content menurut dari Encik Fakhrul.  Kita doakan agar Encik Fakhrul dan Emy dipermudahkan urusan pada masa depan dan dimurahkan rezeki. Mereka masih ada tanggungjawab untuk menjaga anak mereka.

Sumber, MSTAR ONLINE / IG Fakhrulrosli. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.