Datang ke majlis dengan penampilan ringkas, kali ni ramai pulak yang puji Ds vida

Penampilan usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian warganet. Bagaimanapun kali ini Datuk Seri Vida tidak disembur dengan krtikan malah telah mendapat pujian warganet apabila imejnya yang tidak keterlaluan tetapi kelihatan lebih ‘simple’. Biarpun begitu, baru-baru ini perkongsian rakaman dengan paparan Dato Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ini hadir ke sebuah majlis telah menjadi bualan hangat warganet. Manakan tidak DSV tampil dengan penampilan ringkas tidak seperti kebiasaannya. Busana dipilih dari rona lembut dengan potong serba ringkas dan solekan yang tidak keterlaluan, membuatkan banyak pasang mata yang terpaku melihat usahawan kosmetik seorang ini.

Korang saksikan sendiri rakaman yang memaparkan DSV hadir majlis dengan penampilan ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya sendiri. Wow, memang Dato Seri Vida nampak lain sungguh mengenakan persalinan sebegini. Tapi itulah, barang kemas dengan saiz luar biasa tetap tak boleh tinggal.Apa-apa pun perkongsian ini membuatkan warganet memuji penampilannya yang serba ringkas ini. Selain dari busana yang membuatkan ramai puji, ada juga warganet yang memberitahu DSV nampak kurus dan muda bergaya sebegini. Klik sini untuk lihat video. Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, HCL/ IG dsv. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.