Haritu kena kritik sebab pakaian mencolok mata, tapi tindakan Datuk Syafinaz kalini buat ramai yang mendoakan

Beberapa video Datuk Syafinaz Selamat mengajar teknik pernafasan yang betul buat qari dan qariah dalam satu kelas tarannum baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai. Biasanya, kita sering lihat selebriti yang juga pensyarah muzik ini menjadi juri dalam pertandingan nyanyian, namun tidak sangka beliau turut terlibat dalam kelas bacaan al-Quran buat para qari dan qariah. Bersungguh curah ilmu. Dalam satu video yang dikongsikan peminat beliau di akaun TikTok, dapat dilihat Datuk Syafinaz dengan bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan yang betul buat peserta yang mengikuti begkel tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video itu, qariah berkenaan telah mengikuti saranan guru vokal terbabit dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik. Perkongsian daripada akaun @syafinazselamat.fans itu berjaya menarik perhatian ramai dan kebanyakan mereka tinggalkan komen dengan memuji ilmu yang diperoleh diberikan kepada orang ramai tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja. Mereka juga mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum mereka agar terdengar lebih baik dalam mengalunkan ayat suci al-Quran.

Ilmu bermanfaat bukan untuk menyanyi je. Ustazah yang mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu turut mengakui sangat berterima kasih dengan ilmu yang dicurahkan dan memberikan 5 bintang ke atas kelas kelolaan Datuk Syafinaz. Sumber, TikTok @syafinazselamat.fans. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.