Diana Danielle tampil dedah tiktik rendah hidupnya hingga tak bersekolah selama setahun, Rupanya ini yang terjadi

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Diana Danielle pernah mengalami masalah anor3ksia nervosa. Setiap daripada kita pasti pernah berdepan masalah perubahan emosi secara mendadak selain fikiran menjadi celaru apabila timbul sesuatu masalah sehingga menggangu rutian harian.

Perkara sama pernah dilalui pelakon dan penyanyi, Diana Danielle yang mendedahkan dia pernah mengalami gangguan emosi serta hilang keyakinan diri ketika zaman remajanya. Kata Diana, 30, emosinya pernah terganggu gara-gara ibu kesayangan jatuh sakit sekaligus membuatkan dia tidak dapat hadir ke sekolah selama setahun bagi menjaganya.

Terangnya lagi, “Mengimbau kembali waktu remaja adalah paling sukar. Ibu saya jatuh sakit, saya tidak bersekolah selama setahun kerana berpindah ke Pulau Pinang untuk merawatnya.

Diana Danielle kongsi kisah pahit zaman remaja.

Luahnya lagi, “Ibu saya mengalami tekanan sehingga emosi saya sendiri turut terganggu, saya takut kehilangannya,” katanya. Perkara itu dikongsikan Diana menerusi akaun Instagram miliknya bersempena pelancaran single terbaharunya berjudul Shine On yang mengetengahkan tema keyakinan diri.

Bagaimanapun kata Diana, masalahnya tidak terhenti di situ apabila dia mengalami pula gangguan pemakanan iaitu anor3ksia nervosa. Katanya, selepas kembali bersekolah, dia berasa tidak yakin dengan dirinya sendiri dan sentiasa terganggu dengan berat badannya yang disifatkan tidak ideal.

Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan mengalami anor3ksia.

Katanya lagi, “Selepas kembali semula ke sekolah, saya mula tidak suka dengan rupa saya. Saya rasa tiada siapa yang peduli kalau saya sedih atau gembira. “Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan mengalami anor3ksia. Saya tak makan dan bandingkan diri dengan model-model dalam malajah. Semua tak jalan,” dedahnya.

Enggan terus terperangkap dengan perasaan itu, Diana mengambil keputusan membuat perubahan dan berjuang memperbetulkan keadaan demi kebahagiaan diri sendiri.

Diana Danielle bangkit untuk diri sendiri.

Kata Diana, meskipun titik rendah dalam hidupnya itu sudah lama berlalu namun ia menyedarkan dia tentang banyak perkara sehingga ke hari ini. “Rasa macam dah berjuta tahun berlalu tapi perkara itu banyak menyedarkan saya tentang siapa saya sekarang. “Saya terus berjuang dan tidak membenarkan hati beritahu yang saya tak cukup bagus,” jelasnya. Sumber, mstar