Ibu yang baru lepas bersalin kena jalan perlahan, sekali Dr Amalina dedahkan sebabnya

Umum mengetahui pakar operasi yang juga personaliti terkenal, Dr Amalina baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya, Arabella Mia. Terbaharu dalam satu hantaran dilaman Instagram, suri hati Alexander Charles ini berkongsi info tentang penyakit drh beku di kaki atau deep venous thrombosis (DVT) dan penykit salur drh paru-paru tersumbt (pulmonary embolism (PE). Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instastories dilihat menjawab persoalan oleh salah seorang pengikutnya yang bertanyakan adakah dia mengamalkan amalan berpantang secara tradisional selepas bersalin. “Hanya kerana ingin tahu, adakah anda mengikuti mana-mana amalan berpantang Melayu?.”-Soal warganet.

Akui tidak mengamalkan kaedah berpantang secara tradisional, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia akan berkongsi bersama orang ramai mengenai cara untuk menjadi sihat selepas bersalin berdasarkan perubatan dan pengalamannya sebagai pakar operasi. “Tidak, tetapi saya akan berkongsi dengan anda dalam post saya yang seterusnya, apa yang saya lakukan dengan penjagaan selepas bersalin bagaimana menjadi cergas dan sihat selepas bersalin berdasarkan bukti perubatan dan pengalaman saya sebagai pakar operasi.”-Jelas Dr Amalina. Sebelum ini juga dia pernah memuat naik beberapa keping gambar beliau bersiar-siar bersama puteri kesayangannya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi. Beliau kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baharu empat hari bersalin.

Mungkin juga ada di kalangan warga maya yang berasa ‘seriau’ bila melihat Dr Amalina sudah mula berjalan-jalan meskipun baharu sahaja melahirkan. Dr Amalina tampil dengan fakta dan penerangan lengkap tindakan beliau berbuat demikian. “Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Jawapannya kerana saya ingin mengurangkan risiko drh beku. Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi untuk mendapat drh beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan drh beku ini boleh pergi ke paru-paru yang menyebabkan pulmonary embolism (PE),” kata Dr Amalina.

Berikut info tentang penyakit drh beku ini, Apakah simptom DVT di kaki? Skt, bngkk pada sebelah kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis), skt mungkin lebih teruk apabila anda berjalan dan kulit merah, terutamanya di bahagian betis. Jika drh beku itu pecah ke dalam aliran drh, keadaan ini boleh menyekat saluran drh di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE dan memerlukan rawatan kecemasan. Apakah simptom PE? Mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba, mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang dan batuk berdrh. Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat keh4milan anda dan sehingga enam minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.

Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda, anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini, berusia lebih 35 tahun, obesiti (BMI 30 atau lebih), pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius seperti patah kaki, mempunyai masalah bld clots (trombofilia), sedang mengandung anak kembar atau multiple babies, telah menjalani rawatan kesuburan, menjalani operasi, merkk, mempunyai vena varikos (varicose veins) yang teruk dan mengalami dehidrasi. “Mereka yang baru bersalin dan berisiko tinggi (selepas menjalani operasi) akan diberikan suntikan bagi mengelakkan drh beku. Digalakkan memakai TED stockings, menggerakkan kaki dan jari kaki seperti membuat bulatan bagi membantu pengaliran drh,” jelas Dr Amalina.

KOMEN WARGANET,

Sekadar info, Dr Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas di Masjid Central London pada 31 Mac 2021. Pasangan ini juga baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia. Kredit, sinarplus, sinarharian, IG Dr Amalina. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.