Fatin Afeefa memadam gambar di akaun Instagram, Peminat dakwa ada kaitan dengan mahu berhenti berlakon

Memang tak asing lagi semua dengan isu rumah tangga pelakon ini. Tindakan Fatin padam foto di IG tarik perhatian peminat. Tindakan pelakon Fatin Afeefa memadam gambar miliknya di Instagram mencetuskan pertanyaan dan spekulasi dalam kalangan pengikut setianya. Fatin dilihat hanya meninggalkan tiga hantaran di bahagian feed laman sosial berkenaan yang melibatkan dirinya sebagai duta kepada sebuah produk.

Ramai percaya tindakan pelakon Tentang Bulan itu ada kaitan dengan beberapa kontroversi melanda dirinya bersama bekas suami, Adam Shahz yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Kontroversi antara Fatin Afeefa dan Adam Shahz sedang hangat diperkatakan oleh warganet

Ada pula merasakan tindakan itu dibuat ekoran keputusannya meninggalkan bidang seni kerana sudah tidak tahan bertikam lidah dengan bekas suami yang tidak berkesudahan. Malah di ruang komen gambar terakhir pelakon berkenaan, warganet melahirkan rasa simpati dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Fatin agar terus cekal menghadapi dugaan dan tohmahan.

Kata warganet “Semoga kuat Fatin… bukan mudah untuk galas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. Tetapi yakinlah kemanisan akan datang nanti. “Harap awak baik-baik sahaja cantik. Jangan sedih dan jaga diri. Kami sentiasa sokong awak,” komen peminat.

Fatin kuat membesarkan anak-anaknya

Fatin dan Adam berpisah pada 30 Mei 2017 selepas rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu musnah. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun. Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu. Sumber, mstar