Hairul Azreen tampil dedah rakaman suap Achey makan, sekali ramai yang tampil puji gelagat sahabat ni

Terbaharu, pelakon lelaki Malaysia Hairul Azreen atau nama sebenar Hairul Azreen Idris telah berkongsi satu video di akaun tiktok miliknya, @hairul_azreen88. Video tersebut menjadi perhatian ramai apabila melihat telatah Hairul menyuap rakannya Achey.

Hairul Suap Achey

Menerusi video tersebut, terlihat Hairul dan Achey sedang makan malam di kedai makan. Hairul secara spontannya menyuap Achey makan yang ketika itu berada disisinya. Achey dengan terkejut lalu membuka mulut dan memakan makanan yang suap oleh Hairul.

“Persahabatan Baik”

Menjengah keruangan komen video tersebut, ramai terhibur dengan gelagat mereka berdua. Apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila melihat Achey yang terkedu dengan kelakuan Hairul yang secara tiba-tiba menyuapnya makan dan memberinya minum. Laa..suap biarlah dengan kasih sayang..jangan tergesa-tergesa..tercekik pulak. Tak dan orang tu nak kunyah sudah dihulurnya air suruh minum. Main suap suap pulak.

Sekadar info, Hairul Azreen pernah menjadi bualan hangat apabila video ‘aksi terbang’ miliknya menjadi tular di media sosial pada Februari 2018. Aksi Hairul yang menaiki eskalator dengan gaya meniarap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah mendapat kritikan daripada warganet. Sumber, Oh Bulan

Achey Mohon Orang Ramai Bantu Pulangkan Barangnya Jika Terjumpa, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Achey

Siapa tak kenal dengan pelawak terkenal ini. Baru baru ini satu kejadian tidak diingini berlaku padanya. Achey berharap ada pihak tampil memulangkan kembali barang-barang miliknya yang hilang. Pelawak Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah. Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.

Katanya laagi “Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak. “Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Achey tidak sedar ruang simpanan di atas keretanya pecah

Achey berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa sambil menunjukkan bahagian ruang simpanan yang pecah. Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut. “Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ. “Banyak barang berharga yang hilang,” jelasnya lagi.

Perkongsian Achey itu turut mendapat perhatian banyak pihak yang meluahkan rasa simpati termasuk rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz, Atu Zero dan Rody Kristal. Achey juga tidak menolak kemungkinan barang-barang tersebut boleh terjatuh disebabkan pemanduannya ketika itu agak laju. Sumber, mstar

Tampil Kongsi Perjalanan Rawatan IVF, Isteri Dedah Ni Hadiah Terindah Buat Achey. Pasangan ini menjalani rawatan IVF pada 6 Ogos lalu. Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya. Nor Hasanah dalam satu hantaran di Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF iaitu Dr Thokha Muhammad di sebuah hospital di Johor. Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau Mohd Nasir Hamzah.

Nor Hasanah berkongsi berita mengenai rawatan IVF di Instagram.

“Happy birthday sayang… Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.

Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka Achey telah menjaganya dengan baik. Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil. “11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan,” katanya.

Happy birthday sayang… Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

Menerusi hantaran itu juga, Nor Hasanah turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Dr Thokha. Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.

“Doktor ini sangat terkenal untuk IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne… Selamat hari jadi Achey! Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul,” tulis pengikutnya. Untuk rekod, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun. Sumber, Mstar