Akhirya teka teki terjawab bila Hawa Rizwana diumum sebagai pengacara tetap meletop, sekali ini pula luahan dari Hawa

Teka-teki mengenai pengacara tetap program MeleTOP akhirnya terjawab apabila Hawa Rizwana diumumkan akan menggalas tanggungjawab tersebut. Pemilihan Hawa itu diumumkan secara rasmi menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung sebentar tadi. Dalam pengumuman terbabit, Nabil tampil bersama-sama empat penari lelaki yang meneka satu persatu antara tiga tirai yang diletakkan di pentas. Tirai terakhir menyaksikan pembaca berita dan pengacara Hawa Rizwana yang berpakaian serba biru diperkenalkan sebagai pengacara tetap MeleTOP. Kemunculan Hawa juga disambut baik dan penuh sorakan penonton yang gembira dengan pengumuman itu.

“Sebenarnya tak terkata. Alhamdulillah sebenarnya ini satu mimpi yang tak pernah dijangka. Terima kasih sudi terima saya, insya-Allah saya akan cuba yang terbaik!” kata Hawa. Dalam pada itu, Nabil juga mengumumkan MeleTOP bakal mengadakan Konsert 10Q MeleTOP pada minggu hadapan bersempena dengan ulang tahun program berkenaan. Terdahulu, program ini tidak mempunyai pengacara tetap untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad selepas Neelofa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada Disember 2019.

Neelofa telah digandingkan dengan Nabil untuk mengemudikan MeleTOP sejak tahun 2012. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.